Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!


Malam ni ramai yang keluar untuk sambut countdown tahun baru 2010. Ada yang berkumpul di KLCC, ada yang di Dataran Merdeka, dan ada yang di Putrajaya... mana2 tempat pun kebanyakannya sambut tahun baru dengan bunga api yang bercahaya tepat jam 12 tengah malam.

Aku malam ni takder rasa nak keluar pun untuk tengok bunga api. Kalu dulu masa belajar, rajin betul keluar semata-mata untuk tengok bunga api. Keluar kampus kul 11.00 malam, sampai dataran bandaraya johor bahru, tunggu bunga api dan balik terus...

Memang menyeronokkan bila kita dapat tengok bunga api yang cantik, tapi seperti kebiasaan, anak-anak muda yang paling bebas di malam tahun baru dengan pasangan masing2. Mengikut statistik, ramai remaja perempuan yang mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing2 di malam tahun baru.

aku sendiri pernah terserempak dengan pasangan yang berkelakuan sumbang di malam tahun baru. Pada tahun 2003, aku keluar dengan member2 tengok bunga api. Lepas lepak kat mamak pekena roti canai, kami balik ke asrama. Dalam perjalanan kami nampak dua biji motor bergerak masuk ke dalam ladang kelapa sawit di sekitar Pulai Utama. Sekarang ladang sawit tu dah jadi kawasan perumahan dah. Kami ikut perlahan2 ke dalam ladang sawit tu.

Apa yang kami nampak adalah 2 pasang kekasih baru mula berasrama dengan membentangkan kain batik sebagai alas untuk memuaskan nafsu masing2... kami terpaksa hentikan hasutan syaitan tersebut.

Dengan berita yang kita dengar sepanjang tahun ni, ramai bayi yang tak berdosa di buang begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan. Ada yang di dalam tong sampah, dan ada yang dalam mangkuk tandas. Kenapa akal manusia sanggup buat macam tu? bayi di buang sesuka hati... pasangan yang lama berkahwin pun ada yang masih belum dikurniakan rezeki anak, tapi diorang sesuka hati buang macam tu.

Didikan ibu bapa lah pada aku merupakan tunjang utama dan kawalan berkawan yang kedua... ibu bapa tak patut rasa sifat keterbukaan yang terlampau. Ini kerana anak2 lebih suka untuk mengikut kata2 kawan2 berbanding dengan ibu bapa sendiri. tunjang yang kedua adalah kasih sayang. Jika ada kasih sayang yang cukup, anak2 akan fikir 2-3 kali jika ada terlintas untuk melakukan sesuatu yang terlarang.

Thursday, December 24, 2009

Hati aku tersentuh.... jauh ke dalam

Semalam aku ambil cuti sebabkan aku demam, selsema dan batuk2... tapi waktu petang aku rasa sihat skit. so zai ajak pegi jalan temankan dia lawat dua orang member dia yang baru bersalin.



Terlalu banyak mesej yang aku terima dari kawan2 yang lain berkenaan kelahiran cahaya mata mereka. pada mereka, cuma ingin berkongsi kebahagiaan dengan kita, tapi pada aku, cuma sakit hati yang perlu aku tahan. bukan salah diorang pun, perasaan aku je yang tak tertahan.

Hati aku berat sebenarnya nak pegi... tapi aku tak tau macam mana nak expresskan perasaan aku ni... em.. macam mana nak cakap ye.... aku rasa aku tak nak sentuh baby yang baru lahir tu... aku rasa macam aku belum ada satu sifat seorang ayah untuk dukung seorang baby? tapi perlu adakah sifat seorang ayah untuk mendukung baby?



Sampai di hospital Sungai Buloh, tunggu waktu melawat tiba pada jam 4.30 petang... masuk terus ke tingkat 6. Sesampai di katil kawan zai tu, mata aku menjeling ke arah baby di sebelah kanan katil. aku terus duduk di kerusi di sebelah kiri katil. perasaan aku untuk jauh dari baby tu masih ada...

Tapi kenapa aku rasa macam ni? bukan ke aku sekarang beriya2 nakkan seorang baby?

zai bergelak tawa dengan kawan dia sambil melihat baby. aku terus duduk di kerusi sambil baca majalah Nur.



"Abang, meh la dukung baby ni." zai panggil sambil tersenyum.
"takperlah, sayang", aku membalas dengan suara malas + malu.

zai angkat baby tu dan bawa ke aku. dengan berat hati, aku sambut baby tu dan aku dukung dia.

Waktu aku dukung baby tu, hati aku jadi lembut sangat.... rasa sejuk, rasa sebak, tersentuh dengan sifat baby tu sendiri. tiba2 aku rasa perasaan sayang muncul bila aku usap pipi dan kepala baby tu. aku rasa ini kot perasaan seorang ayah... aku cuma mengagak saje sebab aku pun tak pernah mempunyai perasaan macam tu.

Sebak dalam hati aku bercampur dengan gembira apabila aku pandang baby tu, aku dapat rasakan yang aku akan menyayangi anak aku nanti macam ape yang aku rasakan sekarang. Cuma mungkin belum ada rezeki aku dan zai lagi untuk peroleh anak.

aku teringatkan Amin, anak saudara sebelah zai yang sempat aku jaga selama 2 minggu. dalam masa 2 minggu tu pun, aku rasa sayang pada Amin macam seorang ayah.

http://anas-kacak.blogspot.com/2009/02/14-hari-sebagai-papa.html




Aku akan terus di sini mengunggu dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak seperti orang lain.

Saturday, December 19, 2009

Anniversary Aku & Wife yang ke 4....


Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 4, Sayang.

Sunday, November 15, 2009

Lambaian Haji

Gambar-gambar sewaktu mak & ayah hendak bertolak ke Jeddah untuk menunaikan Haji.










Sunday, October 11, 2009

Pertama kali masuk pertandingan Koir wakil sekolah


Jam di dinding dah menunjukkan kul3.15 pagi... mata ni tak rasa letih lagi... kepala pula tak putus2 fikirkan tugasan Master aku ni.... kena siapkan juga... tak boleh lengah. tugasan ni nak dihantar pagi nanti...

apa nak buat... masa cuti aku penuh dengan kelas dan ini pengorbanan yang aku buat untuk masa depan aku sendiri. Tengah2 buat assignment, aku teringat balik zaman aku sekolah rendah. Kalu di ingat betol2, tersengih aku sorang2....

masa tu aku darjah 2, em.. umur 8 tahun. kelas berjalan seperti biasa, cuma ada sedikit kekecohan. Apa lah yang kecoh sangat tu. tengah kelas berjalan lancar, seorang cikgu datang masuk ke dalam kelas. pengumuman dibuat.

"baiklah murid2. cikgu nak cari sesiapa yang berminat untuk masuk pertandingan koir sekolah, sila keluar sekejap. cikgu nak buat pemilihan."

huh? koir? aku tak pernah masuk pertandingan macam tu... koir ni pertandingan yang orang nyanyi ramai2 tu kan? emmm... cubalah... aku pun keluar ikut yang lain untuk diuji bakat....

"baiklah murid2, sekarang cikgu nak awak buat satu barisan lurus. semua kena melutut"

oh kena melutut? takper buat je lah.. nak masuk pertandingan ni...

"baiklah murid2, sekarang cikgu nak awak semua buat lambaian tangan paras dada. lambai guna dua2 belah tangan ye... baiklah... lambai sekarang... kiri, kanan, kiri, kanan, kiri...."

awat pulak kena lambai2 ni... bukan uji bakat kena dengar suara ke? takper... nak masuk pertandingan punya pasal.

Alamak, awek yang aku minat dalam diam tu lalu depan sesi ujibakat lah... siap lalu dengan kawan2 dia pulak tu... diorang berbisik2 pastu gelak2... aduh.. apa pulak ni... malu pun ada.. tapi nak jugak masuk pertandingan jugak.

"baiklah... awak, awak, awak, awak terpilih" suker betul aku bila cikgu pilih aku...

Tapi.... sejak mula latihan baru aku tau, tugas aku bukanlah untuk menyanyi dalam kumpulan koir tu... tapi aku cuma ahli pemegang gambar buah-buahan untuk koir tu. tajuk lagu koir sekolah adalah "makanlah buah-buahan tempatan" . Padan la uji bakat suh lambai2.

aku ingat lagi aku pegang gambar buah manggis.

Friday, October 2, 2009

24 jam sehari bukan milik aku sepenuhnya...


Berapa lapang korang rasa dalam masa satu hari?
Apa yang korang rasa boleh buat dalam masa satu hari?

aku sekarang nampak jelas yang 24 jam sehari memang tak cukup dan kita pula sedang membazir dengan sewenang2nya.

apa yang aku buat dalam masa 24jam?

Tidur 6 jam
Kerja 8 jam
Ulangkaji 5 jam
Solat 1 jam
Rehat 2 jam
Riadah 1 jam
Utk family 0.5 jam
Utk Diri 0.5 jam
Jumlah 24.0 jam

Untuk diri aku sendiri hanya 30 minit sehari! mungkin penggunaan masa korang lain dari aku.. tapi ini yang aku ada... huhu~


Monday, September 21, 2009

Raya Travel - Kuantan to JB



Raya ke dua, kami bergerak balik ke Johor Bahru pulak... rumah orang tua aku. raya pertama kita sambut kat kuantan, rumah mertua. Perjalanan kita guna jalan pantai.

Kuantan-Pekan-Nenasi-Rompin-Endau-Mersing-Jemaluang-Kota Tinggi-Johor Bahru.

waktu aku lalu jalan ni, tersenyum aku sorang diri bila terkenangkan waktu aku kecik dulu. famili aku balik beraya dari JB ke Terengganu guna jalan ni lah... jalan yang bengkang bengkok... dulu berlubang2 jalan. Ayah memandu dengan gaya tersendiri... waktu selekoh, tak agak2 makin tekan minyak... sekarang aku pun macam tu... muahahahaha....

Kalu nak travel, mak aku dah siap2 dah plastik beg dengan gumpalan surat khabar kat dalam. ape tujuan nya? haa... korang patut guna teknik ni jugak. Oleh sebab jalan bengkang bengkok dan cara pemanduan ayah yang best... anak2 kat seat belakang confirm muntah... aku tak terkecuali... so plastik beg tu la gunanya... mak siapkan plastik muntah sorang satu... tak payah kongsi2. memang kelakar la bila diingatkan balik...

Sekarang? aku pulak yang buat orang yang naik keta aku muntah... hahahaha....

Sunday, September 20, 2009

Jangan Pandang Belakang - Edisi Raya


Selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua pembaca. Maaf Zahir dan Batin

Aku tahun ni, raya pertama kat Kuantan, rumah mertua aku dan terus ke johor bahru pada raya yang kedua petang.

Ramai orang buat perancangan setahun untuk satu kampung, tapi pada aku, buat masa ni, aku rasa aku suke beraya di kedua-dua kampung. cuma aku selangkan antara 2 kampung ni hanya pada hari raya pertama sahaja...

Masa bulan puasa, kita yakin yang semua jin dibelenggu dan di letak jauh ke laut untuk mengelakkan gangguan untuk manusia beribadat. kenapa aku kata yakin pada jin dibelenggu dan bukan syaitan dibelenggu? Kalu korang baca surah An-Nas, ada menyatakan bahawa 'syaitan' itu terdiri dari jin dan manusia. yang di belenggu adalah jin.... tapi manusia tak dibelenggu... jadi hasutan tetap ada...

mana taknyer... bulan puasa, ramai wanita tukar pakai baju kurung... tapi baju kurung diorang tu nampak tak nampak je.... yang lelaki dok jeling tak jeling je... kurang pahala saje2 je. Yang lelaki pulak... tak kurang juga menghasut... jadi terpulang kepada masing2 bagaimana nak uruskan dugaan tu semua.

satu lagi... masa bulan puasa, kita confirm tak takut... jalan tempat gelap, rumah black out... masuk toilet tak payah bukak lampu pun tak takut... sebab? jin dah kena belenggu... hahaha...

bila raya je... tetiba rasa macam ada yang mengikut plak... nak masuk toilet dah tak boleh tak bukak lampu dah... apa la punya perasaan ni...

Wednesday, September 9, 2009

Melepaskan 'Batok' di Tangga


Aku rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang aku dapat beberapa hari lepas. Peribahasa kita yang selalu kita gunakan untuk memanggil orang yang buat kerja sambil lewa.

"Melepaskan batok di tangga"

Tapi dari kecik aku dok fikirkan yang 'Batok' tu adalah batuk yang kita selalu buat ni... kof kof kof... haha...

sorang bos aku bercerita, asal usul perkataan batok ni... Batok adalah bahasa orang dulu2, bahasa orang dari Jawa & Sumatera yang membawa maksud "penceduk". Batok ni diperbuat dari tempurung kelapa. aku double check dengan internet, memang batok tu adalah tempurung kelapa.

Orang dulu2, rumah tinggi. Dan sebelum naik tangga rumah tu kena cuci kaki yang kotor dan berpasir. Jadi tepi tangga rumah diorang letak lah tempayan berisi air untuk mencuci kaki. Penceduknya diperbuat dari tempurung kelapa lah. Untuk memudahkan orang lain nak cuci kaki, Batok tu diletakkan balik atas penutup tempayan tu.

Tapi, disebabkan anak2 yang nakal, diorang lepas cuci kaki, batok tu letak atas tangga je. orang lain yang nak guna tercari2 lah batok tu kat mana. Yang lebih menyukarkan, diorang tersepak batok tu, dan jatuh bawah tangga. Lepas sudah la tak jumpa batok tu, kena la buat batok baru.

Tu lah orang tua2 dok cakap kat anak2 dia... "korang ni suka melepaskan batok di tangga. Sekarang dah jatuh bawah tangga tu. buat la keje u elok2 skit" ngeh ngeh...

Aku dulu pertama kali dengar peribahasa ni, aku terbayangkan tangga lipat tu, orang naik nak baiki mentol lampu, orang yang tukang pegang kaki tangga tu batuk sampai goyang tangga. Orang yang kat atas tangga tu marah la.. "woi jangan la melepaskan batuk di tangga. aku jatuh nanti." ngeh ngeh.

nanti kita cari asal usul peribahasa "dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan".

Friday, September 4, 2009

"Kau" pergi tak kembali.....


hari yang sedih semalam sebab aku telah kehilangan sesuatu yang berharga buat aku...

Semalam aku sudah kehilangan handphone Motorola V3x yang aku beli pada November 2006. Sayang betul pada handphone tu... apatah lagi info2 dalam handphone tu.

handphone aku ni terjatuh ke dalam longkang bergril... air mengalir laju membuatkan handphone aku yang berat tu pun bergolek2 ikut arus... nak aku kejar, aku tak dapat nak angkat gril tu... dah stuck dah... aku mampu tengok je la handphone aku bergolek dan terus bergolek sampai ke longkang besar dan bersemadilah dia di situ.... aku dah tak nampak dah handphone aku lepas tu... nak masuk dalam longkang tu, air dia laju, dalam dan busuk.... dah la nak pegi buka pose... apekan daya...

V3x aku pergi dah tak kembali lagi....

Thursday, September 3, 2009

Pergh... dugaan Nescafe & Kit Kat...


Tersengeh aku sorang2 lepas sahur pagi ni terkenangkan kejadian semalam. aku balik dari FPSO Bunga Kertas di perairan Kerteh dan terus balik ke kuala lumpur.

Traveling di bulan puasa ni memang mencabar diri. Walaupun Allah memberi rukhsah (kelonggaran) untuk berbuka puasa bagi orang yang berjalan jauh, tapi kita cuba untuk pertahankan puasa sebab, kita naik keta, bukan jalan kaki pun.... hehehehe...

Dalam perjalanan balik, aku teringatkan masa aku kecik2 dulu, bila masa nak balik kampung di bulan puasa je, ayah aku bagi aku roti dan air tin. Ayah cakap, kita jalan jauh dibenarkan berbuka, supaya tak mudharat kesihatan. tapi kita kena ganti balik lah puasa tu. Aku bukan reti fikir untuk ganti, yang aku fikir yang aku dapat makan roti dan minum air di siang hari... hahaha....

Jam menunjukkan pukul10.10 pagi, helikopter mendarat tepat masa 1jam 15 minit perjalanan dari FPSO Bunga Kertas ke Kerteh Airport. Malam ni ada jemputan berbuka puasa di Hotel Impiana oleh Boilermaster... bertolak dari Kerteh airport sampai ke KL 4 jam, 10.10 pagi... sampai 2.10 petang... ok lah tu.

cuaca sepanjang perjalanan panas betul, takder sikit pun mendung. rasa mengantuk tu ada, sepanjang perjalanan tu, hentian pertama kat hentian sebelah Maran, aku pegi cuci muka n basahkan kepala... mengantuk betul. ada beberapa kereta yang berhenti sekali... diorang berhenti tido kejap tu, aku teruskan perjalanan. dengan baki petrol yang ada, boleh la aku berhenti kat stesen minyak kat hentian Temerloh.

Dahaga melebihi lapar, sesampai kat stesen minyak Temerloh, aku diuji dengan baik punya! aku pegi kat kaunter dalam nak bayar petrol, mamat bangla yang jaga kaunter tu boleh offer promotion kat aku...

"abang, kali ni kita ada buat satu offer, abang. beli satu tin nescafe dengan satu paket kit kat boleh dapat satu harga murah, abang.... boleh beli lah."

Pergh... air tin yang sejuk dan dingin. Aku segera menolak promosi tu dengan gelengkan kepala dan kata tak mau. Sambil kata tak mau tu, boleh aku jeling2 cari ada orang melayu tak... dengan terdetik kat hati ni, kalu aku beli, aku minum dan makan dalam keta, sape nampak? selamba je....

Kuatkan iman! kuatkan iman!

Lepas bayar petrol, aku terus blah tanpa toleh untuk setin nescafe tu lagi... lepas isi minyak... chow.

haha... itu baru skit ujian tu.... yang besar macam mana pulak...

Tuesday, September 1, 2009

AKU DAH LAMBAT!!!!


Malam tu aku tido lewat skit sebab petang aku dah bantai tido 2 jam. dalam kul1.30 pagi aku tido. aku set alarm handphone aku kul4 pagi....

sempat ni.. bangun sahur kul4, dan bertolak kul4.30. perjalanan 4 jam dan solat subuh dalam 20 minit gitu... sampai Kerteh Airport ngam2 kul9 untuk check in. Check in buka kul9 dan tutup kul9.45 pagi. helikopter kul10.45 pagi berlepas ke FPSO Bunga Kertas.

Dalam kenyenyakan tido tu, aku terjaga, alarm handphone wife aku yang berbunyi... setahu aku, alarm handphone wife aku akan bunyi kul6.15 pagi... aku check handphone aku... betullah! dah kul 6.15! nape la handphone aku tak bunyi? padahal aku dah set dah pun... huhu~ habis la kalu aku tolak kul6.30, aku sampai kul10.30 dan aku confirm kena declare NO SHOW. kalu no show, aku kena bayar ganti rugi RM11,000. Tak nak! tak nak! aku takder duit nak bayar... matilah aku...

aku melompat ke bilik mandi, jirus ala kambing, gigi memang pakai kumur jelah... amik air sembahyang, solat subuh. Part solat subuh ni, aku solat setenang yang mungkin, penuh toma'ninah, takder nak solat kelam kabut. Lepas bagi salam, doa, terus aku melompat capai ape yang dah aku siapkan ke dalam keta.

Lepas semua barang dalam checklist aku dah dalam keta, salam wife aku, sayang wife aku, terus aku tekan minyak. Jalan selekoh2 kat lebuhraya karak tu aku tackle sebaik mungkin, walaupun hujan, aku guna kepakaran aku. dalam 120km/j juga kot... kalu jalan licin, aku bawak slow jugak.

Sampai kat Lebuhraya Pantai Timur, jam dah tunjuk kul 7.22 pagi... slow juga aku drive dari tol gombak kul6.38 pagi. 44 minit! Kat LPT, takder nak slownyer... aku tekan minyak betol2.... bandingkan keta rosak dengan RM11,000 kena bayar.... huhu~ tak kira keta ape yang kat depan.. semua aku highbeam...

"Tepi! tepi! Saga 1.3L nak lalu!"

Camry 2.0? tepi! Mercedes Masterpiece? tepi! Honda Accord? semua ke tepi!

aku rasa lebih baik aku call Kerteh Airport, minta maaf sebab lambat, harap diorang boleh tolak ansur. jam kat tangan ni dah kul 7.50 pagi... em.. boleh la call. aku call la, cakap aku ada flight check in kul9 nanti dan aku confirm lambat. Airport check...

"En. Anas, pagi ini kami tiada penerbangan ke Bunga Kertas lah. Penerbangan ke Bunga Kertas pada jam 2.45 petang ni. En Anas boleh check in pukul1 petang ye. Kami ada sedikit perubahan jadual sebab kalu perlukan helikopter untuk ke Dulang B nanti."

Ya Allah. perasaan lega ada, bengang pun ada.... tapi apa yang penting, aku selamat RM11,000 dan aku boleh memperlahan kereta aku. dengan tenang aku drive 100km/j lepas tu... masa aku buat call ke Kerteh Airport tu, aku baru lepas exit Gambang. ko agak2 la berapa laju aku drive kat highway tu?

Sementara nak tunggu kul1 petang, aku lepak kat Kemaman Supply Base. rehat2, baca buku rujukan study aku.... hahahaha....

Sunday, August 30, 2009

Mana Pergi Bulan Merdeka 2009?

Tahun ni aku rasa hambar.... takder semangat...

Takder ape yang boleh digambarkan betapa hambarnya sambutan kemerdekaan tahun 2009 ni. apa yang ku nampak, hanya lah suasana biasa seperti bulan2 yang lain. Amat kurang kibaran Jalur Gemilang sama ada di rumah ataupun di kenderaan2.

Apa agaknya yang bermain di fikiran masyarakat Malaysia sekarang? Kalu dulu setiap rumah berlumba2 memasang Jalur Gemilang di pagar rumah, siapa yang paling besar, siapa yang paling tinggi. di kebanyakan kenderaan di gantung pelbagai saiz bendera. suatu senario yang mengujakan. seolah2 perasaan bangga menjadi warga Malaysia.

Apa yang berlaku sekarang, rakyat Malaysia sedang menguatkan parti politik masing2. bendera parti digantung melebihi Jalur Gemilang. di pasaraya banyak juga jual Jalur gemilang, tapi amat kurang yang beli. macam tahun lepas, semangat pun kurang juga sehinggakan kerajaan terpaksa beri bendera percuma kepada pengguna jalan raya. bendera diagihkan di tol-tol lebuhraya.

syarikat2 swasta patut beri sokongan dalam hal membangkitkan semangat kewarganegaraan ni. Seperti contoh mengadakan pertandingan hotspot kenderaan yang kreatif mempamerkan Jalur Gemilang di kenderaan dan rumah bertuah untuk kreativiti untuk bendera terunik.

apa2hal pun, kita kena ambil tindakan dengan memberi sokongan untuk menaikkan semangat kenegaraan.

Thursday, August 27, 2009

Bulan Ramadhan, bulan berjimat?


Bulan Ramadhan datang lagi... tup tup tup dah setahun dah... cepat betul. Ramai orang memberi pelbagai reaksi dan persepsi dalam suasana menyambut bulan yang mulia ni. Ada yang gembira dan ada juga yang mengeluh. Ada mungkin yang mengeluh ni kerana pekerjaan yang diorang kerjakan sekarang memerlukan tenaga yang banyak dan meletihkan. namun, jika di sudut positifnya, ia merupakan dugaan yang mesti juga di lalui.

Pada aku pula, dari sudut agama sememangnya menantikan bulan ganjaran berganda dan amalan harian diperhebat dengan zikir2 dan bacaan Al-Quran.

Dari segi duniawi ni, aku menampakkan keseronokan untuk aku terima pelawaan kawan-kawan vendor untuk berbuka puasa. Fuh.. best benar buka puasa kat hotel ni... dalam organiser aku nih dah prepare nak terima pelawaan nih... Kurma pun tak kurang banyaknyer... sekarang ni dah 6 kotak kurma dah aku dapat.... macam2 jenis kurma dah.

Dari segi jimat cermatnya.... korang boleh baca artikel aku untuk bulan Ramadhan tahun lepas http://anas-kacak.blogspot.com/2008/10/bulan-berjimat-cermat-ramadhan-atau.html
. Aku tak rasa macam bulan berjimat cermat pun. sorang tangan penuh dengan plastik bungkusan pelbagai jenis makanan. agaknya korang pun macam tu ke?

aku? setakat ni, aku baru pegi sekali je pasar ramadhan, itu pun sebab nak beli air buah dengan kuih bakar... itu pun... jumlah RM7.. mahalnyer! aku buka puasa dengan wife aku kat umah je... wife aku masak. sekali masak terus untuk sahur sekali.

harap kita berjaya lah berjimat di bulan Ramadhan ni. takut2 akhir Ramadhan ni macam2 nak beli... langsir la sarung kusyen la... katil baru la... huhuhu...

Saturday, August 15, 2009

Clubbing da best!

Di saat2 genting untuk waktu aku hantar assignment kursus aku ni, kepala aku memang tak berhenti memikirkan keadaan sekarang yang penuh dengan pengaruh media.

Ada sesetengah orang berpendapat aku ni sempit fikiran... tak open minded dengan perubahan zaman sekarang. Tapi, aku rasa tidak perlu kita merubah diri kita dengan terlalu drastik sehingga kita ketepi kan agama kita. Sedangkan agama kita jelas memberi panduan dan hala tuju untuk memandu kehidupan kita. kenapa kita perlu ketepikan panduan?

Korang perasan tak? iklan2 yang ditayangkan di kaca tv sekarang memaparkan beberapa produk yang bersituasikan kelab malam, disko atau pub. Seperti contoh, iklan cumalah produk gel rambut, tapi memaparkan betapa indahnya jika kita berada di kelab malam, boleh menari2 dan berhibur.

Produk ape lagi? produk handphone berteknologi tinggi? dengan music boleh kita adakan majlis tari menari, bergaul bebas lelaki perempuan dengan pakaian yang ala 'zaman sekarang'.

Produk ape lagi? air minuman dalam tin... dalam lif pun boleh jadi disko.

Tidakkah ini sebagai penggalak kepada orang2 muda sekarang untuk lebih kerap ke kelab malam? dan yang tak pernah ke kelab malam akan rasa ingin cuba ke sana. Dan dari kelab malam itulah terjadinya pelbagai kemungkinan...

Yang tidak pernah merokok akan cuba merokok,
Yang tidak pernah merasa arak akan cuba walau setitis,
Yang tidak pernah bermesra dengan perempuan akan cuba merapati mereka,
Yang tidak pernah mencuba ecstasy akan tewas juga,
Yang tidak pernah berzina akan pasti ketagih dengannya,

Persoalan... adakah aku sendiri pernah ke kelab malam?
Jawapan.... tidak pernah. Aku lebih cuba untuk tidak pergi daripada aku pergi untuk ingin tahu.

Akan ada orang yang menangkis pandangan aku, tapi lambat laun akan terjebak juga dan sekurang-kurangnya kita bersubahat dengan mereka yang melakukannya.

Tuesday, August 11, 2009

Kencing Berdiri?



Guys, aku minta maaf lah sebab terlalu lama tak update blog ni. Almaklumlah, aku tengah sambung belajar sekarang kan... assignment semester ni je dah 4 sets.... ada lagi 2 subjek lagi tak bagi assignment... aku budget total assignment aku semester ni ada lah 6 sets.

Cerita nya kali ni, aku sebenarnya malu... malu nak guna tandas kencing tu. Aku tengok kawan2 aku ramai yang pakai tandas tu. Korang pun mungkin salah sorang daripada mereka. Tandas tu nampak simple je, mangkuk yang memuatkan kedudukan supaya tak la orang lain nampak 'ton-ton' ko je.

Dulu aku pernah pakai, tapi aku memang la tak reti nak pakai mangkuk tandas tu. Aku buka zip seluar & kancing.... seluar aku sampai terlondeh2... dah glamor aku satu sekolah tau hari ni aku pakai seluar dalam warna ape. lepas tu memang aku dah tak pakai dah mangkuk tu.

Masa kerja ni pulak, kawan2 sekerja aku guna mangkuk tu... aku perhati, diorang cuma buka zip seluar je... huh, korang bayang kan sejak aku mula2 dulu guna mangkuk tu sampai hari aku tengok member aku tu guna menjumlahkan 18 tahun aku tak tau nak guna macam mana... almaklumlah, kat tandas pasaraya, tak kuasa aku nak tengok orang kencing berdiri tu. hehehehe...


Nak cuba pakai, segan sendiri. Nak jadikan cerita, satu hari aku masuk tandas kat opis aku dan takder orang lain. Heh Heh Heh, cuba lah. Step 1: berdiri kuda2, Step 2: buka zip, Step 3: TEMBAK!

Gembira bukan kepalang sebab dah tau cara pakai.

Tapi, aku perasan, macam ada air merecik2 plak... korang mesti geli... tapi aku rasa air kencing aku merecik lah.... semua tempat dalam mangkuk tandas tu aku dah tembak tapi tetap merecik. air recikan tu halus sangat.... aku dah mula risau.... macam mana aku nak solat ni? baju & seluar dah kena recikan.... payah la....

Korang yang guna mangkuk tu tak rasa ke air kencing korang merecik? ke aku masih tak pandai pakai mangkuk tu lagi?

Aku ada baca artikel yang habit kencing berdiri boleh menggalakkan penyakit batu karang di salur kencing. dan MEMANG AKU DAH KENA DAH PUN. Korang? bila lagi?

Untuk menjamin kebersihan pakaian untuk di bawa sembahyang, aku sarankan, korang jangan la guna tandas berdiri tu... guna la toilet biasa... kadar recikan pun hampir tiada dan kalu boleh, seluar tu korang sinsing kan ke paras lutut.... lebih menjamin kebersihan.

wokekeh. aku nak sambung buat assignment ni.

Tuesday, July 21, 2009

Jerebu Mengganas di Kuala Lumpur


Aku merupakan salah seorang mangsa jerebu di Kuala Lumpur sekarang.... langit kelabu2 je... nampak tak nampak je... Sabtu lepas 18th Julai 2009, aku naik moto ke kelas. Bau udara di pagi hari pun macam bau asap bas & lori... padahal takder bas & lori pun sepanjang perjalanan aku.

Aku mula rasa perit tekak... batuk... sesak nafas. Tahan dulu... skit je ni. Tapi, sikit2 lama2 jadi lelah...
Memang pelek yang aku tak pernah ada asthma 20th Julai 2009 aku pegi klinik. Nafas aku sesak sangat. Masa dalam klinik, ramai juga yang batuk2. Bila nurse panggil nama aku, aku masuk bilik doktor. Doktor siap pakai mask tu. Nak terasa hati, bukan salah dia pun. Sekarang ni kan tengah hangat kes selsema babi.

Aku sarankan, bukan saja yang naik moto, yang jalan kaki pun kena pakai topeng la... aku sekarang dah seminggu masih lagi batuk. Naik moto wajib ada topeng... alah.. bukan mahal pun, pegi farmasi mana2, beli mask RM1 je.

Saturday, July 18, 2009

Mengaji Selangkah Lagi...


"Tahniah anda telah berjaya dalam permohonan anda untuk kursus Sarjana Pengurusan Aset & Fasiliti Semester 1 2009/2010."

Selangkah lagi aku untuk terus menimba ilmu di mana selagi semangat dan daya yang masih ada untuk menuntut, selagi itu usaha akan berterusan. Kadang2, ada yang tertanya2, kenapa aku nak sambung belajar? apa yang boleh aku dapat? naik gaji ke? pangkat yang tinggi ke?

Sebenar2nya, semua tu betul. Cuma waktu yang sesuai baru kita gunakan kelayakan kita tu.

Macam dalam syarikat aku sekarang, aku rasa dengan Master aku, syarikat akan mempunyai satu aset yang berharga... iaitu aku.

Aku rasa matlamat aku adalah untuk menjadi aset yang berharga dalam syarikat.

Jadi korang doakan lah kejayaan aku untuk dapatkan Master ni....

Friday, July 10, 2009

Manusia Punya Asa, Tuhan Punya Kuasa....


Aku baru habis tonton filem 'Pursuit of Happyness'. Jam menunjukkan pukul 12.51 am... Sebuah cerita yang memaparkan antara kisah benar dari Chris Gardner yang sangat hebat. Cukup lama orang mencadangkan pada aku untuk tonton filem ni, cuma aku je yang tak berkesempatan.

Lepas tonton filem ni, aku jamin, setiap orang yang tonton akan cuba mengimbau kembali apakah yang diorang fikirkan persamaan usaha dengan Chris Gardner... apa yang diorang pernah usaha sehingga berjaya... dan aku pun memikirkan perkara yang sama.

Antaranya adalah ; masa di UTM dulu, aku melalui jalan yang sukar di mana aku berhadapan dengan pinjaman pelajaran yang lewat masuk dan permohonan pinjaman tambahan aku tak diluluskan. Aku meneruskan pengajian aku dengan 2 semester tanpa pinjaman. Untuk membiayai pengajian, aku buat macam2 kerja untuk dapatkan duit untuk makan dan yuran pengajian.

Aku kerja sebagai pembantu makmal di UTM, pembantu pam di stesen minyak Petronas, berniaga jual dadih (masak sendiri) di sekolah2 dan kilang dan jual barang dari kedai ke kedai; ofis ke ofis; rumah ke rumah.

Namun, banyak keje aku tak menjadi dengan baik, sebab kontrak pembantu makmal cuma sebulan dan perniagaan dadih terhenti akibat perbalahan dengan rakan kongsi. Kerja yang jual barang dari kedai ke kedai tu pun tak lama sebab kos perbelanjaan lebih dari untung... tapi keje jual barang ni lah yang ajar aku cara komunikasi dengan orang.

Tinggallah keje di stesen minyak dengan gaji yang cukup2 makan. Pernah dalam kelas pelajar lain tertawakan aku kerana aku masuk kelas dengan pakaian seragam Petronas... baju kemeja yang putih belang tegak hijau tu... takperlah... sabar.

Korang boleh baca artikel aku di http://anas-kacak.blogspot.com/2008/11/aku-roti-keping-kuah-megi-kari.html ; artikel ni aku tulis pada November 2008.

Kawan2 satu kursus ramai yang berjaya tamatkan pengajian on time... cuma aku dan beberapa orang je yang terpaksa tambah semester untuk ulang matapelajaran yang gagal dulu.

Usaha yang berterusan akan membuahkan satu kemanisan yang tidak dijangka dan tak akan dilupakan... kisahnya peperiksaan akhir semester aku tamat pada 21 oktober 2004. Lepas exam, semua final year student rasa relief dan meluahkan rasa gembira kerana tamat pengajian... ramai yang berpendapat untuk rehat beberapa bulan sebelum mula cari kerja. Tapi aku rasa ada baik aku mula cari kerja terus... memandangkan keputusan keseluruhan aku tidak lah baik sangat...

Aku sentiasa teringatkan syarikat yang pernah aku buat praktikal training dulu. Mana tahu aku boleh keje kat situ. Dalam rasa mula nak call syarikat tu, 22 oktober 2004, syarikat yang aku maksudkan call...

"Nas, dah habis belajar belum?", suara dalam telefon yang aku kenal dari syarikat tu...

"Oh, baru sudah. Ni nak cari keje la ni." balasku selamba.

"Oklah... ko nak keje sini tak? kalu nak, ko boleh start 1st November"

"Betul ke ni? Alhamdulillah... kalu macam tu saya setuju lah", berbunga2 rasa hati...

"Ok kalu macam tu, aku prepare offer letter ko. hari pertama keje ko collect offer letter ni"

"beres!" gembira nya aku tanpa fikir pasal gaji...ahhh biarlah berapa yang dia nak bagi...asalkan aku dapat keje.

Di kala kawan2 tengah berlibur... aku dah mula melangkah ke alam pekerjaan... lebih baik lagi, aku berjaya masuk ke dunia industri Oil&Gas... itulah impian aku sejak aku berumur 16 tahun lagi.

****************

Thursday, June 18, 2009

Binatang Terkebal di Abad ini.....

Cuba korang teka... binatang apa yang paling kebal di dunia buat masa ni?

a. Harimau
b. Tenggiling
c. Cacing
d. Burung
e. Babi
f. Tiada di atas


Haaa.... apa jawapannya?

Harimau? mana mungkin.... kurang2 pun orang hantar kat zoo untuk elak kepupusan.

Tenggiling? tak jugak... pemburu haram dok kaut untung untuk makanan exotic.

Cacing? emm.... kalu orang ternak pun, diorang boleh buang macam tu je... tak effect apa2.

Burung? banyak aku tengok burung mati macam tu je...tak kebal pun...

Babi? YA BETOL!!! kebal betol binatang kotor ni... mana tak nya... kalu dulu ada kes Selsema Burung, habis burung banyak kena bunuh dan tanam...

Babi? diorang tak boleh bunuh wooo.... rugi industri makanan kita... kan banyak makanan process guna lemak babi sebagai ingredient. Lebih membuktikan dia kebal, kes Selsema Babi yang hangat sekarang ni terpaksa tukar nama jadi Influenza A... mana ada pihak media sebut Selsema Babi sekarang. Nak jaga hati babi tu sangat...

Masa Kes Selsema Babi tu muncul, orang jadi takut. Siap ada NGO buat initiative keluarkan artikel dan FAQ untuk kes selsema babi ni...


Salah satu soalan dalam artikel tu "Can we eat pork?"

Jawapannya, "Yes we can. The virus can be killed by cleaning during processing and well cooked. The pork is safe for you to eat."

Ada satu cerita dulu masa kat universiti dulu, ada sorang member bukan Melayu ni tanya kenapa la orang Melayu tak makan babi. Sedap tau... Aku cakap haram. Dia tanya apa yang haram? Kalu ayam tu patuk2 tanah makan cacing, tak kotor ke? boleh je makan. Aku balas balik... babi tu makan sisa2 makanan dan sampah. kalu ko makan babi, ko pun makan sampah.

Tak der khasiat langsung...

Sunday, June 14, 2009

Strategi Pemasaran di Waktu Gawat

Pihak media di Malaysia amat cekap dalam melindungi satu-satu isu di dalam negara bagi mengelakkan situasi panik dan cemas di kalangan rakyat. Dari segi politik negara contohnya, pihak media amat kuat di sisi kerajaan bagi memastikan berita yang tersebar adalah mengikut aliran dan strategi kerajaan.


Dalam masa sekarang, ramai yang terleka dengan kesibukan kerja dan pihak media menghebahkan ekonomi Malaysia kukuh dan semakin meningkat. Sedangkan, banyak kilang2 dan syarikat2 telah menjalankan langkah mengurangkan kos pekerja dengan perlbagai cara, seperti contoh, Skim Pencen Sukarela. Syarikat2 gergasi di Malaysia tidak terkecuali terkena bahang kegawatan ekonomi.


Dengan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang, ramai juga yang telah mengambil tindakan untuk menghadkan perbelanjaan dan menyimpan wang pendapatan lebih dari biasa bagi langkah2 kecemasan yang tidak dijangka di masa akan datang.



Oleh kerana ramai yang telah mula menghadkan perbelanjaan, pasaraya2 yang ada sekarang akan menerima impak yang maha hebat. Namun, mereka mula mengorak langkah dengan mengubah strategi pemasaran untuk mengumpan semula rakyat Malaysia. Umpanan mereka setakat ini mengena!

Pasaraya2 menjalankan JUALAN MURAH dari potongan 20% hingga 70%! Mata2 pengunjung pasti terpana dengan tanda2 harga yang telah dipotong separuh. Hakikat sebenar tidak lah seperti yang difikirkan. Bukanlah potongan 50% itu sebenar2nya potongan. Harga selepas potongan itu adalah harga asal pakaian tersebut.

Jika kita peka dan tinjau harga sebelum JUALAN MURAH, contohnya, sehelai seluar khaki berjenama Camel berharga RM69.90. Semasa JUALAN MURAH, harga seluar yang sama berharga RM139.90! Tanda potongan sebanyak 50% menjadikan harga kembali kepada harga asal RM69.95!

Kembalilah kepada rancangan kita untuk menyimpan dan belilah barangan yang perlu sahaja. Setiap kelekaan kita membuatkan kita sesal setiap masa.

Tuesday, June 9, 2009

Rindu di kejauhan...


Cuaca cukup panas... musim tak menentu. Ada kalanya petang hujan dan ada kalanya petang panas yang amat. Tapi aku dalam ofis tak terasa apa yang berlaku di luar. Yang terasa kedinginan air-cond dan kehangatan isu2 dan konflik2 dalam ofis ni.

Jari-jemari sibuk menekan keyboard untuk membalas email client dan kontraktor. Dalam kepala ni dah tak ada perkara lain. Selagi belum tutup mata, keje-keje-keje...

Di tengah kesibukan keje, tiba2 handphone aku berbunyi... paparan menunjukkan nama pemanggil....

"Ayah?", bertanya sendiri.

"Ada apa ayah call ni?", hatiku juga bertanya.

Dengan segala pertanyaan, aku jawab juga.

"Assalamu'alaikum, ayah."

"Wa'alaikumussalam. Anas di tempat kerja ke?"

"Iyer ayah. kenapa ayah telefon?"

"Ayah saje telefon. Handphone ni ada kat tangan. Dari tak buat apa2, baik call. Anas sihat?"

"Sihat, ayah. Ayah sihat?"

"Alhamdulillah. Maaflah ganggu Anas waktu keje ni."

"Oh, takper Ayah, kebetulan Anas tak banyak keje", jawabku dengan serta merta berhenti dari buat semua keje.

Perbualanku tak lama. Aku kirim salam pada emak dan akan biarkan ayah meletakkan telefon dahulu. Aku termenung sejenak, fikirkan ayah call waktu2 macam ni... terus terlintas di fikiran aku yang tahu ayah sedang merasa sunyi... hanya berdua dengan mak di johor bahru. Anak2 dah merantau jauh keluar dari Johor Bahru.

Aku cukup kenal ayah, seorang yang tegas, kuat egonya dan amat suka bersendiri. Tapi, dari sikap yang suka bersendiri, aku tahu yang dia sedang rindukan anak2nya.... di mana hilai tawa anak2 yang meriuhkan suasana rumah... kini sunyi hanya berdua sahaja.... Air mata aku bergenang kerana aku pun turut merindui mak dan ayah.

Esoknya, ayah call lagi...

"Anas tengah buat apa? Aiman tu nak balik ke johor. Tapi ayah rasa aiman akan rasa bosan di rumah ni sebab rumah ni cuma ada mak dan ayah. Mungkin aiman boleh tinggal di rumah anas sampai habis cuti dia. Anas pandai buat kelakar, aiman mesti suka."

Hati aku tersentuh dari ayat ayah, sememangnya ayah amat merindui anak2 nya. Ayah tak pernah sentuh hal aku suka buat kelakar di rumah. Dulu, waktu semua anak2 tinggal bersama, aku pernah kena marah kerana terlalu bising dalam rumah. Kini, jelas ayah rindukan saat2 tu. Aku tak tertahan menangis kerana aku pun terlalu rindukan mereka. Dah sebulan setengah kami tak berjumpa.

Setiap kali sembahyang, doa aku untuk kesejahteraan mak dan ayah tak pernah putus. Aku tak akan lupa untuk berdoa kerana.... aku sayang pada mereka.


Saturday, May 23, 2009

Rokok, Hormat & Kepuasan Diri...



40% daripada rakan sepejabat aku adalah penghisap rokok. Setiap hari aku berhadapan dengan diorang dan aku tak boleh mengelak.


Secara professional, tidaklah aku boleh memberi teguran kepada diorang dan waktu selain dari kerja pun aku rasa tak nak tegur pun sebab diorang takkan dengar. Kawan2 sekerja yang baca blog ni mungkin akan sindir aku ataupun buat tak tau aje...



Perkara yang membuatkan aku nak tulis blog pasal rokok ni adalah waktu minggu lepas, kumpulan projek aku perlu membuat pembentangan laporan bulanan operasi kepada client. Lepas mesyuarat tamat, kami menjemput client untuk makan tengah hari bersama2.

Salah seorang dari client kami merupakan seorang ibu mengandung dan beliau sangat sensitif dengan asap rokok... tapi, apa yang aku nampak, rakan kerja aku sendiri hisap rokok di sebelah client yang mengandung tu... nak ditegurkan, semua orang tau yang dia jenis keras kepala. Aku cuma berbisik pada client aku supaya memaafkan kawan aku tu. Sepanjang makan tengah hari tu, aku nampak client tu tak selesa dengan asap rokok. Di waktu2 nak habis makan tengah hari tu, baru dia padamkan rokok. Dah faham lah tu, kalu tak, sebatang demi sebatang dihisapnya.




Korang fikirlah sendiri apa baiknya hisap rokok tu...




Kalu ditegur pun, korang akan dapat jawapan seperti di bawah:
1. Asap rokok ni masuk dalam paru2 ko ke?
2. Aku kenal rokok dulu dari ko!
3. Aku peduli ape, aku punya pasal la
4. Kalu aku tak pedulikan kesihatan aku, kenapa ko yang sibuk?
5. Rokok la yang dapat tenangkan fikiran aku.
6. Asap kenderaan kat jalanraya tu lagi banyak ko sedut dari asap rokok ni.
7. ...

Thursday, May 21, 2009

KECEMASAN!!!!! Hujung bulan daa....

Ada dua (2) waktu yang mood orang lebih kurang sama down gilers....


Datang bulan.... (untuk perempuan), si suami atau boyfriend turut down sekali bila tengok perempuan bad mood...


Hujung bulan... (untuk yang makan gaji), tak dak lain lagi dah... "ko jangan ajak aku makan kat restoran atau fast food... warong cukup!"


Huhu... korang paham tak perasaan aku nih...?

Wednesday, May 6, 2009

Aku berpesan, Tapi tiada yang endah



Beberapa tahun yang lalu, aku pernah makan di sebuah kedai fast food nasi ayam di sebuah hypermarket... orang kata nasi ayam dia sedap... aku pun pegi la dengan wife aku untuk mencuba... tapi, halwa tekak aku rasa tak la sedap sangat.


Yang nak dijadikan cerita dalam blog ni adalah isu kebersihan ayam yang dimasak... ramai yang begitu prihatin tentang halal haram makanan yang mereka makan, tapi lepas ayam tu dimasak, adakah kita tahu yang ayam tu telah disembelih mengikut tertib? adakah orang yang sembelih itu orang yang betul? adakah kaedah sembelihan itu betul?






Kita tumpu kepada pendahuluan kenapa kita patut sembelih haiwan untuk dijadikan makanan?



Darah merupakan agent pengangkutan dalam badan. Darah membawa oksigen ke seluruh badan, darah membawa segala apa pun untuk tubuh... termasuk bahan toksik.



Dalam badan mesti ada toksik sebab apa yang kita makan, apa yang haiwan makan bukan semestinya 100% bebas racun.




Oleh yang demikian, darah mestilah dikeluarkan dari tubuh haiwan tersebut. Di mana tempat yang paling sesuai untuk dikeluarkan darah haiwan? semua tempat di tubuh haiwan mampu mengeluarkan darah.... Untuk tidak menyeksa binatang dengan kesakitan, kita sembelih dileher, di mana salur darah yang paling dekat dengan jantung. tekanan jantung membuatkan darah lebih cepat keluar dari tempat sembelihan dan haiwan akan segera mati.



Oh, ada yang mencadangkan kalu patahkan leher boleh buatkan haiwan itu mati lebih cepat? memang betul, tapi darahnya tidak keluar. Apabila haiwan mati dengan darah masih dalam tubuh, darah tersebut akan berkumpul dan terperangkap di dalam otot2 dalam tubuh. Walaupun kita masak dengan baik dan lama, darah tu masih berada dalam daging haiwan tersebut.




Oh, ada yang berpendapat kalu masak lama atau masak dengan suhu tinggi boleh selamat? Mana mungkin.... kita sedang bercerita tentang toksik dalam darah bukan kuman dalam darah. Sesetengah toksik tidak bertindak balas apa2 dengan suhu tinggi.


Walau sesedap mana pun daging yang kita masak tu, toksik tetap ada dalam daging... ia akan membawa mudharat kepada kita dalam jangka masa yang panjang.



Contohnya, kerosakan hati, pankreas, buah pinggang.... kalu sakit buah pinggang orang salahkan makan garam lebih, kalu sakit pankreas orang salahkan makan gula lebih, kalu rosak hati orang salahkan terlebih bantai panadol. Walhal, toksik yang kita makan tu adalah 'culprit'.. ewah... speaking pulak...


Kita berbalik kepada nasi ayam yang aku makan kat hypermarket tu.... aku dah pesan dah pada tuan punya kedai tu melalui email dan borang komen pelanggan, tapi tiada maklum balas walaupun tanda terima kasih....


Baru2 ni, aku balik Kuala Terengganu, pekena nasi ayam fast food jugak... ayamnya pun sama.. darah meleleh keluar... ada yang kering tapi dia punya serap dalam daging tu...










Bak kata Nabil... LU PIKIR LA SENDIRI....

Thursday, April 23, 2009

Telefon Buruk


Masa korang kecik2 dulu mesti penah main permainan 'telefon buruk', kan?

Lepas aku accident pada 20th April 2009, aku maklumkan pada rakan2 ofis dan bos berkenaan accident aku dan aku MC 21st April 2009.

Hari ni 22nd April 2009, aku masuk opis dan ramai yang bertanyakan hal aku.

"ko ok tak?"

"sakit tak?"

"macam mana myvi tu boleh langgar ko?"

haaa? myvi langgar aku? bila masa aku cakap myvi langgar aku? clear cut aku tulis dalam sms yang aku dilanggar oleh sebuah motorsikal dan aku terjatuh sliding ke bawah myvi. myvi tu pun tak bergerak ke mana2 sebab trafik lite.. tengah berenti pun. motor tu yang langgar aku tu lari yang tak ape2.... lari jauh siot info yang aku bagi tau.

"aku dengar ko kena langgar dengan myvi. myvi tu calar skit dan ko tak ape2"

Ada satu lagi cerita yang aku maklumkan pada member ofis aku dulu. Cerita yang aku pernah ondway balik dari Teluk Ramunia ke Kuala Lumpur. Atas highway PLUS kat area Pendas Linggi, aku drive sorang2 kul3 pagi. Ada satu lembaga tengah duk kat tepi tingkap sebelah aku ni.. dekat sebelah je... tengah tenung aku... Aku buat tak layan... pastu dia gerak ke depan skit, kat hujung side mirror.. kira dia nak menampakkan diri dia lebih jelas lah... tapi aku tak layan.... sampai tol sungai besi, baru dia hilang....

Sebulan kemudian, cerita aku ni dah pusing 2-3x dah dalam opis ni. Bila sampai cerita tu kat aku balik, cerita tu jadi lagi thrill lah...

"Nas, betul kan ko nampak ada hantu dok tepi tingkap ko masa kul 3 pagi kat highway PLUS? pastu ko buat tak layan kat hantu tu... hantu tu marah dia pegi duk kat belakang boot keta ko siap goyang kaki lagi. sebab ko tak layan dia, dia naik atas bumbung dan sergah ko kat cermin depan, kan?"

ape kebendenya citer jadi macam ni? citer aku simple je... tetiba jadi telenovela pulak....

Tuesday, April 21, 2009

Kemalangan Motorsikal

Sakit kaki aku... kepala aku... badan aku.... dah lama sangat aku tak accident... tapi semalam aku accident pulak. 20th April 2009, aku simpan dalam blog ni elok2 sebab lepas ni aku dah lupa dah... takder hal aku nak ingat sampai bila2.... mengusutkan fikiran aku je....

Ondway balik dari ofis, aku bawak motor aku kat jalan jelatek. biasa lah trafik jam... aku menyusur di celah2 deretan kereta dengan lancar... tengah2 aku bawak motor tu, ada satu perasaan yang nak buat aku brek.... tetiba ada satu motor masuk lane aku dari celah keta tanpa berhenti...

Aku tekan la emergency brek aku... ape kan daya tak sempat.. aku langgar motor tu... motor tu 2 orang... jadi dia lebih stabil.. dia gogeh2 handle dan tak jatuh... aku ni yang jatuh dan sliding masuk bawah myvi.... ada la calar skit myvi tu.. nasib baik tuan punya keta kata takper...

Tapi aku sumpah seranah la motor yang langgar aku tu... dia tak berenti skit pun... cabut macam tu je.... weh dah la 2 orang.. pengecut pulak.... kasi potong la telur ko tu!

Tak serius la aku, cuma calar dan bengkak kaki kanan aku sebab kena hempap motor sendiri. kepala ada senoneng skit... balik umah... pekena speghetti wife aku masak... lewat malam skit baru rasa sakit badan... gi la jupe doktor.. dapat MC satu hari.

Tapi... aku tak serik bawak motor... itulah aku.

Saturday, April 11, 2009

Album Pertama MEET UNCLE SALLEH : The Shutdown



Kini anda boleh dapatkan album hangat terbaru dari MEET UNCLE SALLEH !!! Album yang merangkumi 10 lagu baru dan 3 lagu hits single yang membuatkan anda rasa hidup kembali.
  1. Kepalamu ku hentak spanar
  2. Kakiku di bibirmu
  3. Racun bergula
2 Lagu Bonus :
Bengangku tahap gaban
Mengapa kau membisu (gasket tak ikut spec)


Kumpulan ini ditubuhkan sempena nama seorang safety officer kontraktor di FPSO Bunga Kertas semasa planned shutdown 2009 : Haji Salleh


Planned Shutdown 2009 FPSO Bunga Kertas



Keseronokan, Cabaran, Pengurusan, Kesukaran.... Semua ada dalam operasi shutdown yang aku uruskan pada 7th March 2009 - 19th March 2009.

Kesukarannya, rancangan asal aku berada di offshore hanya dari 7th March 2009 - 14th March 2009 je.. tapi meleret sampai 19th March 2009 disebabkan ada beberapa komplikasi masa shutdown tu. 12 hari aku mengikut ombak ke kiri dan ke kanan... pening tu dah tak dah sebab dah biasa. kalu bot kecik tu mungkin mabuk...

Ada la beberapa gambar yang boleh dikongsikan semasa kat offshore tu.


Macam2 kerenah kontraktor yang ada... tapi shutdown ni tak tough sangat banding dengan platform shutdown sebab kerja banyak dan kontraktor lagi ramai.

Sunday, March 1, 2009

Lawatan ke Karambunai? Aku tak rugi apa-apa....


13th February 2009, adalah tarikh yang ramai staf ofis dok sebut2 sampai sekarang... memang betul2 meninggalkan kesan ke dalam diri masing2. Ada yang asyik mengatakan rugi tak pegi... seronok... macam2 aktiviti....


Pada aku, memang lah seronok bila kita bergerak dan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Tambahan pula inikan bercuti. Aku tengok, gambar2 diorang yang begitu menampakkan yang lawatan tersebut memang seronok...



Kenapa aku tak pergi?


Aku sengaja mengatakan yang aku tak berminat. Dan aku juga berjaya mendapat tanggungjawab sebagai ahli Emergency Response Team, di mana, ahli ERT tak dibenarkan keluar dari kuala lumpur. Jadi, aku gunakan tanggungjawab tersebut sebagai tiket untuk tidak mengikuti lawatan ke Karambunai.


Dalam hati aku ni, sebenarnya tidak lah rasa begitu aman dan selesa kalu aku seronok sorang2, tapi wife aku duk kat umah sorang2. Aku rasa aku takkan gembira kalu aku sorang saja yang bergembira. Aku nakkan apa yang menggembirakan aku, aku kongsi dengan dia.


Majlis berbuka puasa dan majlis rumah terbuka company aku.... aku tolak untuk pergi sebab aku tak nak makan best2 sorang2.... tapi wife aku kat umah makan ape, aku pun tak tau. Kalu aku nak makan best, wife aku pun mesti aku nak dia makan ape yang aku makan.



Tak tau lah... ikut pendapat masing2. Pada aku, itu yang aku rasakan. Ada staf ofis bagitau yang majlis2 dan program2 yang dianjurkan company ni lah sebenarnya bonus untuk staf.... staf yang tak join dianggap melepaskan bonus.... Tak apa lah aku rugi pun.... yang penting, apa yang aku dapat, aku mesti kongsi dengan wife aku.