Tuesday, November 18, 2008

Aku, Roti Keping & Kuah Megi Kari...

Korang dah makan? makan ape? sedap?


Korang tau tak, berapa banyak aku boleh makan sekarang? tak banyak mana pun... cuma bila aku makan lebih skit, berat badan aku naik bukan main tinggi lagi...



Aku teringat masa aku belajar kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai... pinjaman PTPTN aku ada problem... tak dapat selama 2 semester (9 bulan). Duit belanja kena catu... betul2 kena catu. Sambil belajar, aku keje kat stesen minyak Petronas... kalu tak keje, ape nak makan?


Setiap hari, tengah hari aku pegi cafe dalam UTM untuk makan tengah hari. Aku ambil nasi putih, letak dalam pinggan... aku pegi ke tray lauk. Ramai orang tengah sibuk ceduk lauk masing2. Aku cari kuah mana yang sedap pada aku. Aku amik kuah, aku curah atas nasi aku. Terus aku ke tempat air, amik air suam. Pergi ke kaunter bayaran...


"Nasi je dek? lauknya mana?"


"Ini je kak untuk saya hari ni", balas aku sambil senyum. Aku hulur RM0.70 untuk bayaran nasi.

Orang beratur dok pandang2 aku, berbisik sesama sendiri... tapi aku peduli hape. Kesian kat aku? hah, blanja la aku makan.

Lepas makan, aku pegi kedai beli roti buku... Roti Daily... dalam satu buku ada 10 keping dengan harga RM0.90 je... sebuku roti tu cukup untuk aku makan 2 hari. Ada duit lebih skit, aku beli jem sekaya RM1.20 sebekas... sebekas sekaya cukup untuk aku sapu roti untuk 5 hari. Silap2 tak sampai 5 hari dah tumbuh kulat... ape nak buat, rezeki kulat.

Hujung bulan, aku tunggu gaji yang lambat tak on time tu... wallet aku cuma tinggal wallet je... tabung aku cuma dengar2 macam ada 2-3 keping je.



"Ape aku nak makan hari ni?"





Roomate aku senasib dengan aku, cuma dia advance skit.. dia makan mee segera. Nak pinjam duit takut susah nak bayar... diam je lah.

Aku terperasan, roomate aku dah sudah makan, mangkuk dia tinggal kat atas meja... kuahnya ada lagi...

"Zie, ko dah habis makan ek? boleh bagi aku kuah megi kari ko kat aku?"

roomate aku mengiya kan je... aku amik mangkuk megi tu, aku makan dengan baki roti yang aku ada. Alhamdulillah... sedap betul. Esok aku tengok, roomate aku tinggal kuah lagi lepas makan. Tapi roti aku dah habis... rezeki aku setakat kuah je kot... aku hirup habis2 kuah kari tu... Alhamdulillah... sedap betul.

Hari ketiga, gaji tak masuk lagi... tapi kali ni, roomate aku tak tinggalkan kuah megi dia, dia tinggalkan satu bungkus megi kat meja aku. Mungkin dia perasan aku dah kering sangat amat. Alhamdulillah... sedap betul... lebih sedap dari ape yang aku makan semalam. Terima kasih pada roomate aku.

Sekarang, aku dah habis belajar, ada pekerjaan tetap... aku kejar cita2... aku ada sebuah pengharapan untuk tidak mensia-siakan rezeki yang Allah beri pada aku...


Setiap suap aku makan, aku akan rasa syukur... Alhamdulillah.. sedap betul. Kalau lah aku dah tak boleh makan atau nikmat merasa aku ditarik balik, apa yang aku boleh buat?


Tapi orang selalu salah tanggap... yang aku ni kuat makan, padahal aku bersyukur. "Ane, nasi tambah wunne!"

1 comment:

Anonymous said...

sedih beb