Thursday, July 21, 2011

Rentetan kisah seram dalam lif di pejabat


Ini adalah pengalaman aku sendiri yang aku pernah lalui pada awal tahun 2011. ramai yang secara aktif menghebahkan cerita seram. Maka, di atas permintaan ramai, aku berkongsi jugak kisah yang aku lalui dalam lif di pejabat aku.

Hari tu aku bekerja agak lewat semata-mata untuk menyiapkan beberapa kertas kerja yang akan dibentangkan keesokan hari. Nak tak nak, kena siapkan jugalah. tapi aku duduk kat opis tak lah lama mana. dalam pukul 8.30 malam, aku dah gerak balik dah.

sebelum balik, aku jenguk sekitar opis... oh, ada staff procurement lagi 2-3 orang... okeh, aku blah dulu... sementara tunggu lif, tetiba bulu roma meremang.... aku pandang kiri kanan, takder ape2. hmmm, fikiran aku je kot. Ofis aku kat tingkat 10. Masa lif terbuka, takder orang kat dalam. Jadi, macam biasalah aku kalu masuk lif sorang2, aku akan berdiri di penjuru kiri belakang atau penjuru kanan belakang.... tujuannya supaya aku boleh nampak semua sudut. tak nak la ada yang tiba2 muncul sergah aku.

lif turun agak perlahan, aku menjangkakan dengan kelajuan lif macam ni, mesti akan berenti kat mana tingkat ni... memang betol pun, lif berenti kat tingkat 7. lif terbuka, ada sorang perempuan dengan muka muram pandang bawah masuk dalam lif. perempuan tu agak berusia jugalah. bila dia masuk, dengan perlahan dia pusing badan memaling ke pintu masuk. maksudnya, aku kat belakang dia lah.

sepanjang lif tu turun, tak bercakap sepatah pun aku dengan perempuan tu. muka dia agak masam. tiba2 aku terperasan akak tu macam tersentak, macam orang terkejut. secara perlahan dia menoleh ke arah aku. korang bayangkan lah, aku berdua dengan dia dalam lif... dia toleh perlahan2 pandang aku dengan wajah yang penuh kerut di dahi... aku dah terpaku... tak boleh nak buat ape...

dengan redha dan tawakkal, aku cuma mampu senyum pada perempuan tu sambil berkata... "Maaf kak, saya terkentut".

Monday, September 13, 2010

Seksa di Pagi Raya


Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua.

Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah cukup sebulan kita sama2 berpuasa di bulan Ramadhan dan sekarang masa untuk kita meraikan kejayaan kita menempuh cabaran dan ujian yang setara SPM dari Allah. Kalu nak cabaran dan ujian yang setara soalan2 Universiti, kita semestinya perlu mendalami erti berpuasa di bulan Ramadhan. Kalu setakat tak makan & minum, memang tahap SPM je lah. Kan sedap bila kita dengar orang lulus Bulan Ramadhan di peringkat Universiti... dan kita setakat pandang sebelah mata bila kita dengar orang lulus hanya takat SPM saje.

Antara yang menarik di pagi hari raya Aidilfitri ni kalu kita perhatikan betol2, waktu lepas solat hari raya. Aku geli hati tengok gelagat muslimah wanita yang keluar dari masjid. Belum turun pun dari tangga masjid, telekung sembahyang tu dah lucut dah.... menayangkan pakaian raya diorang yang terbaru tu...

Baju2 raya diorang memang vogue tak ingat lah. Kalu jemaah lelaki tengok confirm tak lepas pandang. Dan yang alim2 pun tak ketinggalan, pakai jeling2 pun jadi. Apa taknya? baju kebaya belah sampai peha, renda di dada mendedahkan segalanya, kain lengan jarang hingga nampak kegebuan.

Ada juga orang kata, ada wanita yang lepas habis solat, salam ke kiri terus buka telekung sembahyang.... isk, rosak iman diorang.

Namun, kebanyakan muslimah yang kuat memperagakan pakaian di pagi raya ni adalah rakyat Indonesia. nampak sangat dari segi pemakaian dan fesyen diorang. Tetapi, tahun ni ada juga rakyat Malaysia yang tiru.... tak sabar betul nak pertonton baju raya pada orang.

Harap kita sentiasa beringat pada Allah kerana menutup aurat adalah suruhan Allah dan suruhan itu disampaikan oleh rasul2 dan ditulis di dalam Al-Quran. Jika kita tidak mengikut suruhan menutup aurat, maka kita tidak percayakan hukuman Allah di Hari Akhirat. Para Malaikat disuruh memastikan yang bersalah menjalani hukuman mereka. Tidakkah yang disebutkan ini merupakan Rukun Iman?




Percaya kepada Allah,
Percaya kepada Malaikat,
Percaya kepada Al-Quran
Percaya kepada Rasul-rasul
Percaya kepada Hari Kiamat
Percaya kepada Qada' & Qadar.

Rukun lebih kurang bermaksud Syarat Sah
Iman bermaksud Percaya & Yakin dengan hati, dilafaz dengan lidah dan dilakukan dengan anggota.

kalu kita tak ikut suruhan menutup aurat, makan kita TIDAK BERIMAN kepada semua Rukun Iman.

ok ok... aku dah bersyarah dah..... kita stop dulu ye.

Monday, February 8, 2010

Asal Usul Perkataan 'SAMSENG'

Jika kini kita sering dengar perkataan 'samseng' yang dimaksudkan kepada kumpulan manusia yang bertindak mengasari orang lain dengan menunjukkan kuasa di sesebuah kawasan, tetapi pernah kah kita terfikir dari mana asal usul perkataan 'samseng' tu?

ada la sorang kawan aku ni tak habis2 dok tanya soalan yang pelek pada aku. suatu hari dia tanya pada aku asal usul perkataan 'samseng' tu... aku pun mula bercerita:

Pada zaman Kesultanan Melayu, Tanah Melayu sudah lama menjadi tempat persinggahan pedagang untuk berniaga dan mendapatkan bekalan untuk belayar. Pelbagai bangsa datang ke Tanah Melayu untuk berdagang termasuk orang dari Arab, China, India dan banyak lagi... ada juga pedagang yang terus tinggal di Tanah Melayu untuk berniaga dan bercucuk tanam bersama2 orang Melayu. Bak kata kerajaan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Dengan permastautinan rakyat China, mereka mula mempunyai keluarga dan berkembang. Orang China mempunyai pelbagai peluang perniagaan dicipta di Tanah Melayu. Dengan mengamalkan konsep 1Malaysia, keluarga Seng telah menawarkan diri untuk menjaga keamanan kampung. Keluarga Seng besar.... dan kebetulan ramai lelaki. Kampung yang didiami mereka aman dan tenteram atas jagaan keluarga Seng.

Nak dijadikan cerita, orang putih datang menjajah Tanah Melayu dan banyak membuat perubahan. Maka ramailah rakyat Tanah Melayu naik marah. Keselamatan orang putih di Tanah Melayu jadi tak selamat. Orang putih terpaksa mengadap sultan dan memohon agar mendapat perlindungan.

"Your Majesty, we need your help to keep our safety here in Tanah Melayu. We heard in this village has tremendous protection by Seng's Family."

"To keep us safe we need some Seng accompany our man as long as they stay here."

some Seng.... someSeng....Someseng..... Samseng....

sampai sekarang la orang guna perkataan samseng.... ada boleh ka?

Saturday, January 2, 2010

Kelas Semester 2 : Bermula



Kelas pertama sepatutnya bermula ada 19th December 2009, tapi kelas tu ditunda ke hari yang akan diberitahu nanti.

Hari ni dikira kelas pertama di mana kelas mula pukul8 pagi dan dijadualkan tamat pada jam10 malam... korang bayangkan lah hari Sabtu sepenuh masa dalam kelas dan dan ahad sampai petang

sabtu ahad penuh dengan kelas... isnin pulak dah start keje semula... ini lah pengorbanan untuk menuntut ilmu...

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!


Malam ni ramai yang keluar untuk sambut countdown tahun baru 2010. Ada yang berkumpul di KLCC, ada yang di Dataran Merdeka, dan ada yang di Putrajaya... mana2 tempat pun kebanyakannya sambut tahun baru dengan bunga api yang bercahaya tepat jam 12 tengah malam.

Aku malam ni takder rasa nak keluar pun untuk tengok bunga api. Kalu dulu masa belajar, rajin betul keluar semata-mata untuk tengok bunga api. Keluar kampus kul 11.00 malam, sampai dataran bandaraya johor bahru, tunggu bunga api dan balik terus...

Memang menyeronokkan bila kita dapat tengok bunga api yang cantik, tapi seperti kebiasaan, anak-anak muda yang paling bebas di malam tahun baru dengan pasangan masing2. Mengikut statistik, ramai remaja perempuan yang mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing2 di malam tahun baru.

aku sendiri pernah terserempak dengan pasangan yang berkelakuan sumbang di malam tahun baru. Pada tahun 2003, aku keluar dengan member2 tengok bunga api. Lepas lepak kat mamak pekena roti canai, kami balik ke asrama. Dalam perjalanan kami nampak dua biji motor bergerak masuk ke dalam ladang kelapa sawit di sekitar Pulai Utama. Sekarang ladang sawit tu dah jadi kawasan perumahan dah. Kami ikut perlahan2 ke dalam ladang sawit tu.

Apa yang kami nampak adalah 2 pasang kekasih baru mula berasrama dengan membentangkan kain batik sebagai alas untuk memuaskan nafsu masing2... kami terpaksa hentikan hasutan syaitan tersebut.

Dengan berita yang kita dengar sepanjang tahun ni, ramai bayi yang tak berdosa di buang begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan. Ada yang di dalam tong sampah, dan ada yang dalam mangkuk tandas. Kenapa akal manusia sanggup buat macam tu? bayi di buang sesuka hati... pasangan yang lama berkahwin pun ada yang masih belum dikurniakan rezeki anak, tapi diorang sesuka hati buang macam tu.

Didikan ibu bapa lah pada aku merupakan tunjang utama dan kawalan berkawan yang kedua... ibu bapa tak patut rasa sifat keterbukaan yang terlampau. Ini kerana anak2 lebih suka untuk mengikut kata2 kawan2 berbanding dengan ibu bapa sendiri. tunjang yang kedua adalah kasih sayang. Jika ada kasih sayang yang cukup, anak2 akan fikir 2-3 kali jika ada terlintas untuk melakukan sesuatu yang terlarang.

Thursday, December 24, 2009

Hati aku tersentuh.... jauh ke dalam

Semalam aku ambil cuti sebabkan aku demam, selsema dan batuk2... tapi waktu petang aku rasa sihat skit. so zai ajak pegi jalan temankan dia lawat dua orang member dia yang baru bersalin.



Terlalu banyak mesej yang aku terima dari kawan2 yang lain berkenaan kelahiran cahaya mata mereka. pada mereka, cuma ingin berkongsi kebahagiaan dengan kita, tapi pada aku, cuma sakit hati yang perlu aku tahan. bukan salah diorang pun, perasaan aku je yang tak tertahan.

Hati aku berat sebenarnya nak pegi... tapi aku tak tau macam mana nak expresskan perasaan aku ni... em.. macam mana nak cakap ye.... aku rasa aku tak nak sentuh baby yang baru lahir tu... aku rasa macam aku belum ada satu sifat seorang ayah untuk dukung seorang baby? tapi perlu adakah sifat seorang ayah untuk mendukung baby?



Sampai di hospital Sungai Buloh, tunggu waktu melawat tiba pada jam 4.30 petang... masuk terus ke tingkat 6. Sesampai di katil kawan zai tu, mata aku menjeling ke arah baby di sebelah kanan katil. aku terus duduk di kerusi di sebelah kiri katil. perasaan aku untuk jauh dari baby tu masih ada...

Tapi kenapa aku rasa macam ni? bukan ke aku sekarang beriya2 nakkan seorang baby?

zai bergelak tawa dengan kawan dia sambil melihat baby. aku terus duduk di kerusi sambil baca majalah Nur.



"Abang, meh la dukung baby ni." zai panggil sambil tersenyum.
"takperlah, sayang", aku membalas dengan suara malas + malu.

zai angkat baby tu dan bawa ke aku. dengan berat hati, aku sambut baby tu dan aku dukung dia.

Waktu aku dukung baby tu, hati aku jadi lembut sangat.... rasa sejuk, rasa sebak, tersentuh dengan sifat baby tu sendiri. tiba2 aku rasa perasaan sayang muncul bila aku usap pipi dan kepala baby tu. aku rasa ini kot perasaan seorang ayah... aku cuma mengagak saje sebab aku pun tak pernah mempunyai perasaan macam tu.

Sebak dalam hati aku bercampur dengan gembira apabila aku pandang baby tu, aku dapat rasakan yang aku akan menyayangi anak aku nanti macam ape yang aku rasakan sekarang. Cuma mungkin belum ada rezeki aku dan zai lagi untuk peroleh anak.

aku teringatkan Amin, anak saudara sebelah zai yang sempat aku jaga selama 2 minggu. dalam masa 2 minggu tu pun, aku rasa sayang pada Amin macam seorang ayah.

http://anas-kacak.blogspot.com/2009/02/14-hari-sebagai-papa.html




Aku akan terus di sini mengunggu dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak seperti orang lain.

Saturday, December 19, 2009

Anniversary Aku & Wife yang ke 4....


Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 4, Sayang.

Sunday, November 15, 2009

Lambaian Haji

Gambar-gambar sewaktu mak & ayah hendak bertolak ke Jeddah untuk menunaikan Haji.










Sunday, October 11, 2009

Pertama kali masuk pertandingan Koir wakil sekolah


Jam di dinding dah menunjukkan kul3.15 pagi... mata ni tak rasa letih lagi... kepala pula tak putus2 fikirkan tugasan Master aku ni.... kena siapkan juga... tak boleh lengah. tugasan ni nak dihantar pagi nanti...

apa nak buat... masa cuti aku penuh dengan kelas dan ini pengorbanan yang aku buat untuk masa depan aku sendiri. Tengah2 buat assignment, aku teringat balik zaman aku sekolah rendah. Kalu di ingat betol2, tersengih aku sorang2....

masa tu aku darjah 2, em.. umur 8 tahun. kelas berjalan seperti biasa, cuma ada sedikit kekecohan. Apa lah yang kecoh sangat tu. tengah kelas berjalan lancar, seorang cikgu datang masuk ke dalam kelas. pengumuman dibuat.

"baiklah murid2. cikgu nak cari sesiapa yang berminat untuk masuk pertandingan koir sekolah, sila keluar sekejap. cikgu nak buat pemilihan."

huh? koir? aku tak pernah masuk pertandingan macam tu... koir ni pertandingan yang orang nyanyi ramai2 tu kan? emmm... cubalah... aku pun keluar ikut yang lain untuk diuji bakat....

"baiklah murid2, sekarang cikgu nak awak buat satu barisan lurus. semua kena melutut"

oh kena melutut? takper buat je lah.. nak masuk pertandingan ni...

"baiklah murid2, sekarang cikgu nak awak semua buat lambaian tangan paras dada. lambai guna dua2 belah tangan ye... baiklah... lambai sekarang... kiri, kanan, kiri, kanan, kiri...."

awat pulak kena lambai2 ni... bukan uji bakat kena dengar suara ke? takper... nak masuk pertandingan punya pasal.

Alamak, awek yang aku minat dalam diam tu lalu depan sesi ujibakat lah... siap lalu dengan kawan2 dia pulak tu... diorang berbisik2 pastu gelak2... aduh.. apa pulak ni... malu pun ada.. tapi nak jugak masuk pertandingan jugak.

"baiklah... awak, awak, awak, awak terpilih" suker betul aku bila cikgu pilih aku...

Tapi.... sejak mula latihan baru aku tau, tugas aku bukanlah untuk menyanyi dalam kumpulan koir tu... tapi aku cuma ahli pemegang gambar buah-buahan untuk koir tu. tajuk lagu koir sekolah adalah "makanlah buah-buahan tempatan" . Padan la uji bakat suh lambai2.

aku ingat lagi aku pegang gambar buah manggis.

Friday, October 2, 2009

24 jam sehari bukan milik aku sepenuhnya...


Berapa lapang korang rasa dalam masa satu hari?
Apa yang korang rasa boleh buat dalam masa satu hari?

aku sekarang nampak jelas yang 24 jam sehari memang tak cukup dan kita pula sedang membazir dengan sewenang2nya.

apa yang aku buat dalam masa 24jam?

Tidur 6 jam
Kerja 8 jam
Ulangkaji 5 jam
Solat 1 jam
Rehat 2 jam
Riadah 1 jam
Utk family 0.5 jam
Utk Diri 0.5 jam
Jumlah 24.0 jam

Untuk diri aku sendiri hanya 30 minit sehari! mungkin penggunaan masa korang lain dari aku.. tapi ini yang aku ada... huhu~