Tuesday, November 18, 2008

Aku, Roti Keping & Kuah Megi Kari...

Korang dah makan? makan ape? sedap?


Korang tau tak, berapa banyak aku boleh makan sekarang? tak banyak mana pun... cuma bila aku makan lebih skit, berat badan aku naik bukan main tinggi lagi...



Aku teringat masa aku belajar kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai... pinjaman PTPTN aku ada problem... tak dapat selama 2 semester (9 bulan). Duit belanja kena catu... betul2 kena catu. Sambil belajar, aku keje kat stesen minyak Petronas... kalu tak keje, ape nak makan?


Setiap hari, tengah hari aku pegi cafe dalam UTM untuk makan tengah hari. Aku ambil nasi putih, letak dalam pinggan... aku pegi ke tray lauk. Ramai orang tengah sibuk ceduk lauk masing2. Aku cari kuah mana yang sedap pada aku. Aku amik kuah, aku curah atas nasi aku. Terus aku ke tempat air, amik air suam. Pergi ke kaunter bayaran...


"Nasi je dek? lauknya mana?"


"Ini je kak untuk saya hari ni", balas aku sambil senyum. Aku hulur RM0.70 untuk bayaran nasi.

Orang beratur dok pandang2 aku, berbisik sesama sendiri... tapi aku peduli hape. Kesian kat aku? hah, blanja la aku makan.

Lepas makan, aku pegi kedai beli roti buku... Roti Daily... dalam satu buku ada 10 keping dengan harga RM0.90 je... sebuku roti tu cukup untuk aku makan 2 hari. Ada duit lebih skit, aku beli jem sekaya RM1.20 sebekas... sebekas sekaya cukup untuk aku sapu roti untuk 5 hari. Silap2 tak sampai 5 hari dah tumbuh kulat... ape nak buat, rezeki kulat.

Hujung bulan, aku tunggu gaji yang lambat tak on time tu... wallet aku cuma tinggal wallet je... tabung aku cuma dengar2 macam ada 2-3 keping je.



"Ape aku nak makan hari ni?"





Roomate aku senasib dengan aku, cuma dia advance skit.. dia makan mee segera. Nak pinjam duit takut susah nak bayar... diam je lah.

Aku terperasan, roomate aku dah sudah makan, mangkuk dia tinggal kat atas meja... kuahnya ada lagi...

"Zie, ko dah habis makan ek? boleh bagi aku kuah megi kari ko kat aku?"

roomate aku mengiya kan je... aku amik mangkuk megi tu, aku makan dengan baki roti yang aku ada. Alhamdulillah... sedap betul. Esok aku tengok, roomate aku tinggal kuah lagi lepas makan. Tapi roti aku dah habis... rezeki aku setakat kuah je kot... aku hirup habis2 kuah kari tu... Alhamdulillah... sedap betul.

Hari ketiga, gaji tak masuk lagi... tapi kali ni, roomate aku tak tinggalkan kuah megi dia, dia tinggalkan satu bungkus megi kat meja aku. Mungkin dia perasan aku dah kering sangat amat. Alhamdulillah... sedap betul... lebih sedap dari ape yang aku makan semalam. Terima kasih pada roomate aku.

Sekarang, aku dah habis belajar, ada pekerjaan tetap... aku kejar cita2... aku ada sebuah pengharapan untuk tidak mensia-siakan rezeki yang Allah beri pada aku...


Setiap suap aku makan, aku akan rasa syukur... Alhamdulillah.. sedap betul. Kalau lah aku dah tak boleh makan atau nikmat merasa aku ditarik balik, apa yang aku boleh buat?


Tapi orang selalu salah tanggap... yang aku ni kuat makan, padahal aku bersyukur. "Ane, nasi tambah wunne!"

Tuesday, November 11, 2008

Kuatnya Dugaan Untuk Aku... Untuk Dia

Aku masih tak dapat tido walau pun jam dah menunjukkan pukul 12.36 tengah malam. Aku baring depan ruang tamu, buka TV untuk melayan mata yang tak mengantuk ni.. siaran astro ulangan akademi fantasia musim ke 3... ada mawi tu...

Mata ni masih tetap rasa tak mengantuk... malam ni aku tido sorang2... takder teman. Zai masuk wad pagi ni untuk buat biopsi buah pinggang dia esok. 3 hari doktor kata... lama betul.

Aku rasa sunyi sangat... takder orang nak marah aku, takder orang nak membebel aku, takder orang nak bercerita dengan aku... sunyi sangat. Di hospital, waktu melawat kul12.30 tengah hari sampai kul2.30 petang dan 4.30 petang sampai kul 7.30 malam. aku akan cuba manfaatkan masa melawat tu nanti untuk jupe zai.

Petang tadi, lepas aku habis keje, aku terus ke hospital, nak lawat zai. aku dah sms dah kata ondway ke hospital. Zai balas sms "yea!". hepi betul.. aku pun hepi nak jupe dia... aku beli la skit roti, air botol & buah limau untuk dia makan masa boring2 kat hospital tu...

Sesampai kat wad, aku sembunyi belakang tiang. Aku intai zai dari belakang tiang... zai tengah makan nasi yang catering wad bagi tu... nampak la tray hospital tu. Zai makan sesuap, jenguk tingkap, cari aku dah sampai belum... suap lagi nasi ke mulut, jenguk tingkap lagi... betapa mengharap zai untuk aku datang petang ni.



Masih di belakang tiang, aku tengok pesakit lain, tenat sangat. Terlintas dalam fikiran aku, "isteri aku sakit", walaupun aku memang tau yang zai tengah bertarung dengan SLE dia tu. tapi dia kuat... kuat sangat. Aku sms dia, "boring nampak?". Lepas dia baca sms tu, terus senyum dan tercari2 mana aku menyorok.



Aku pegi terus ke katil dia. salam. zai cium tangan aku... aku balas dengan cium di dahi. nafas aku dah sebak... aku cuba tahan masa bercakap supaya air mata ni tak mengalir terus... faham2 lah kalu aku menangis... macam budak2. ni tengah tulis blog ni pun tengah nangis ni ha...


aku duduk atas katil, borak dengan zai... macam2 citer... zai pandai buat kelakar, suker sangat dengar citer dia. Aku tetap akan ketawa walaupun kalu aku buat kelakar dia tak ketawa. penat buat kelakar... Kalu dulu masa aku kenal dengan dengan zai, aku yang banyak bercerita... sekarang dia pulak banyak citer.

Waktu melawat habis kul7.30, tapi aku balik kul6.50 petang sebab nak kejar solat maghrib. sampai rumah, suasana sunyi mula aku rasa dan menyelubungi hati. Doa aku tak putus2 untuk zai. esok aku waktu lunch hour, aku nak pegi lunch dengan zai kat hospital...

Aku kena kuat sebab dugaan yang aku terima ni tak sehebat dugaan yang zai hadapi sebab zai yang bergelut dengan SLE, bukan aku.

Saturday, November 1, 2008

Ada Hantu dalam Lif?



Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Aku masih kat opis lagi dengan persediaan untuk meeting dengan client Isnin depan. Sedar2, tinggal aku sorang je kat opis, yang lain dah balik... yelah.. hari Jumaat la katakan.. esok cuti, kena la balik awal. Member2 yang main pingpong sesama tadi pun rupa2nya dah balik dah...



Aku pun kemas2 la nak balik... masa kemas2 meja tu, tetiba bulu roma terasa meremang jek... sebahagian opis dah tutup lampu dah... yang kat kawasan kelam2 tu la aku rasa macam ada yang pandang aku jek... aduuuhhh... nape la time gini pikir yang bukan2.






Lepas shutdown pc, aku galas beg dan terus ke lif... on the way ke lif, aku teringat ada satu video yang member sent melalui email berkenaan ada perempuan tua bongkok tiga tetiba muncul dok dalam lif belakang orang dalam lif tu... orang dalam lif tu dua orang pun tak perasan ada perempuan tua tu kat belakang diorang... video tu dari CCTV bangunan tu.. cctv tu yang capture gambar perempuan tua tu... aduuhhh, gabra dah.






buka pintu cermin opis, tutup semua lampu dan tekan butang lif untuk turun... alamak, lambat pulak lif ni... ikut ekor mata aku dah nampak macam ada yang tengok aku tepi pintu cermin opis. Nape la time gini aku pikir2 macam ni....





Lif dah buka, aku terus masuk.. tekan butang G. Biasanya, dalam lif, aku suka duk penjuru kanan belakang. Dalam kedudukan tu, aku boleh nampak semua sudut dalam lif tu. Lepas tekan butang G, aku terus berundur ke penjuru kanan belakang lif. tiba-tiba........





aku.... terlanggar sesuatu kat belakang aku. aku tak sampai ke dinding lif... ada sesuatu di antara aku dan dinding lif... ah sudah... kenapa terjadi kat aku pada waktu macam ni... rasa nak terkencing pun ada, gabra punya pasal.


aku cuba pikir logik dengan akal yang waras.... dengan tenang.... dan sabar.... baru aku sedar, yang ada di antara aku dan dinding lif adalah BEG YANG AKU GALAS !!!!!

MACAM MANA LA AKU BOLEH LUPA YANG AKU TENGAH GALAS BEG???!!!


bikin malu aku jer......