Thursday, June 18, 2009

Binatang Terkebal di Abad ini.....

Cuba korang teka... binatang apa yang paling kebal di dunia buat masa ni?

a. Harimau
b. Tenggiling
c. Cacing
d. Burung
e. Babi
f. Tiada di atas


Haaa.... apa jawapannya?

Harimau? mana mungkin.... kurang2 pun orang hantar kat zoo untuk elak kepupusan.

Tenggiling? tak jugak... pemburu haram dok kaut untung untuk makanan exotic.

Cacing? emm.... kalu orang ternak pun, diorang boleh buang macam tu je... tak effect apa2.

Burung? banyak aku tengok burung mati macam tu je...tak kebal pun...

Babi? YA BETOL!!! kebal betol binatang kotor ni... mana tak nya... kalu dulu ada kes Selsema Burung, habis burung banyak kena bunuh dan tanam...

Babi? diorang tak boleh bunuh wooo.... rugi industri makanan kita... kan banyak makanan process guna lemak babi sebagai ingredient. Lebih membuktikan dia kebal, kes Selsema Babi yang hangat sekarang ni terpaksa tukar nama jadi Influenza A... mana ada pihak media sebut Selsema Babi sekarang. Nak jaga hati babi tu sangat...

Masa Kes Selsema Babi tu muncul, orang jadi takut. Siap ada NGO buat initiative keluarkan artikel dan FAQ untuk kes selsema babi ni...


Salah satu soalan dalam artikel tu "Can we eat pork?"

Jawapannya, "Yes we can. The virus can be killed by cleaning during processing and well cooked. The pork is safe for you to eat."

Ada satu cerita dulu masa kat universiti dulu, ada sorang member bukan Melayu ni tanya kenapa la orang Melayu tak makan babi. Sedap tau... Aku cakap haram. Dia tanya apa yang haram? Kalu ayam tu patuk2 tanah makan cacing, tak kotor ke? boleh je makan. Aku balas balik... babi tu makan sisa2 makanan dan sampah. kalu ko makan babi, ko pun makan sampah.

Tak der khasiat langsung...

Sunday, June 14, 2009

Strategi Pemasaran di Waktu Gawat

Pihak media di Malaysia amat cekap dalam melindungi satu-satu isu di dalam negara bagi mengelakkan situasi panik dan cemas di kalangan rakyat. Dari segi politik negara contohnya, pihak media amat kuat di sisi kerajaan bagi memastikan berita yang tersebar adalah mengikut aliran dan strategi kerajaan.


Dalam masa sekarang, ramai yang terleka dengan kesibukan kerja dan pihak media menghebahkan ekonomi Malaysia kukuh dan semakin meningkat. Sedangkan, banyak kilang2 dan syarikat2 telah menjalankan langkah mengurangkan kos pekerja dengan perlbagai cara, seperti contoh, Skim Pencen Sukarela. Syarikat2 gergasi di Malaysia tidak terkecuali terkena bahang kegawatan ekonomi.


Dengan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang, ramai juga yang telah mengambil tindakan untuk menghadkan perbelanjaan dan menyimpan wang pendapatan lebih dari biasa bagi langkah2 kecemasan yang tidak dijangka di masa akan datang.



Oleh kerana ramai yang telah mula menghadkan perbelanjaan, pasaraya2 yang ada sekarang akan menerima impak yang maha hebat. Namun, mereka mula mengorak langkah dengan mengubah strategi pemasaran untuk mengumpan semula rakyat Malaysia. Umpanan mereka setakat ini mengena!

Pasaraya2 menjalankan JUALAN MURAH dari potongan 20% hingga 70%! Mata2 pengunjung pasti terpana dengan tanda2 harga yang telah dipotong separuh. Hakikat sebenar tidak lah seperti yang difikirkan. Bukanlah potongan 50% itu sebenar2nya potongan. Harga selepas potongan itu adalah harga asal pakaian tersebut.

Jika kita peka dan tinjau harga sebelum JUALAN MURAH, contohnya, sehelai seluar khaki berjenama Camel berharga RM69.90. Semasa JUALAN MURAH, harga seluar yang sama berharga RM139.90! Tanda potongan sebanyak 50% menjadikan harga kembali kepada harga asal RM69.95!

Kembalilah kepada rancangan kita untuk menyimpan dan belilah barangan yang perlu sahaja. Setiap kelekaan kita membuatkan kita sesal setiap masa.

Tuesday, June 9, 2009

Rindu di kejauhan...


Cuaca cukup panas... musim tak menentu. Ada kalanya petang hujan dan ada kalanya petang panas yang amat. Tapi aku dalam ofis tak terasa apa yang berlaku di luar. Yang terasa kedinginan air-cond dan kehangatan isu2 dan konflik2 dalam ofis ni.

Jari-jemari sibuk menekan keyboard untuk membalas email client dan kontraktor. Dalam kepala ni dah tak ada perkara lain. Selagi belum tutup mata, keje-keje-keje...

Di tengah kesibukan keje, tiba2 handphone aku berbunyi... paparan menunjukkan nama pemanggil....

"Ayah?", bertanya sendiri.

"Ada apa ayah call ni?", hatiku juga bertanya.

Dengan segala pertanyaan, aku jawab juga.

"Assalamu'alaikum, ayah."

"Wa'alaikumussalam. Anas di tempat kerja ke?"

"Iyer ayah. kenapa ayah telefon?"

"Ayah saje telefon. Handphone ni ada kat tangan. Dari tak buat apa2, baik call. Anas sihat?"

"Sihat, ayah. Ayah sihat?"

"Alhamdulillah. Maaflah ganggu Anas waktu keje ni."

"Oh, takper Ayah, kebetulan Anas tak banyak keje", jawabku dengan serta merta berhenti dari buat semua keje.

Perbualanku tak lama. Aku kirim salam pada emak dan akan biarkan ayah meletakkan telefon dahulu. Aku termenung sejenak, fikirkan ayah call waktu2 macam ni... terus terlintas di fikiran aku yang tahu ayah sedang merasa sunyi... hanya berdua dengan mak di johor bahru. Anak2 dah merantau jauh keluar dari Johor Bahru.

Aku cukup kenal ayah, seorang yang tegas, kuat egonya dan amat suka bersendiri. Tapi, dari sikap yang suka bersendiri, aku tahu yang dia sedang rindukan anak2nya.... di mana hilai tawa anak2 yang meriuhkan suasana rumah... kini sunyi hanya berdua sahaja.... Air mata aku bergenang kerana aku pun turut merindui mak dan ayah.

Esoknya, ayah call lagi...

"Anas tengah buat apa? Aiman tu nak balik ke johor. Tapi ayah rasa aiman akan rasa bosan di rumah ni sebab rumah ni cuma ada mak dan ayah. Mungkin aiman boleh tinggal di rumah anas sampai habis cuti dia. Anas pandai buat kelakar, aiman mesti suka."

Hati aku tersentuh dari ayat ayah, sememangnya ayah amat merindui anak2 nya. Ayah tak pernah sentuh hal aku suka buat kelakar di rumah. Dulu, waktu semua anak2 tinggal bersama, aku pernah kena marah kerana terlalu bising dalam rumah. Kini, jelas ayah rindukan saat2 tu. Aku tak tertahan menangis kerana aku pun terlalu rindukan mereka. Dah sebulan setengah kami tak berjumpa.

Setiap kali sembahyang, doa aku untuk kesejahteraan mak dan ayah tak pernah putus. Aku tak akan lupa untuk berdoa kerana.... aku sayang pada mereka.