Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!


Malam ni ramai yang keluar untuk sambut countdown tahun baru 2010. Ada yang berkumpul di KLCC, ada yang di Dataran Merdeka, dan ada yang di Putrajaya... mana2 tempat pun kebanyakannya sambut tahun baru dengan bunga api yang bercahaya tepat jam 12 tengah malam.

Aku malam ni takder rasa nak keluar pun untuk tengok bunga api. Kalu dulu masa belajar, rajin betul keluar semata-mata untuk tengok bunga api. Keluar kampus kul 11.00 malam, sampai dataran bandaraya johor bahru, tunggu bunga api dan balik terus...

Memang menyeronokkan bila kita dapat tengok bunga api yang cantik, tapi seperti kebiasaan, anak-anak muda yang paling bebas di malam tahun baru dengan pasangan masing2. Mengikut statistik, ramai remaja perempuan yang mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing2 di malam tahun baru.

aku sendiri pernah terserempak dengan pasangan yang berkelakuan sumbang di malam tahun baru. Pada tahun 2003, aku keluar dengan member2 tengok bunga api. Lepas lepak kat mamak pekena roti canai, kami balik ke asrama. Dalam perjalanan kami nampak dua biji motor bergerak masuk ke dalam ladang kelapa sawit di sekitar Pulai Utama. Sekarang ladang sawit tu dah jadi kawasan perumahan dah. Kami ikut perlahan2 ke dalam ladang sawit tu.

Apa yang kami nampak adalah 2 pasang kekasih baru mula berasrama dengan membentangkan kain batik sebagai alas untuk memuaskan nafsu masing2... kami terpaksa hentikan hasutan syaitan tersebut.

Dengan berita yang kita dengar sepanjang tahun ni, ramai bayi yang tak berdosa di buang begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan. Ada yang di dalam tong sampah, dan ada yang dalam mangkuk tandas. Kenapa akal manusia sanggup buat macam tu? bayi di buang sesuka hati... pasangan yang lama berkahwin pun ada yang masih belum dikurniakan rezeki anak, tapi diorang sesuka hati buang macam tu.

Didikan ibu bapa lah pada aku merupakan tunjang utama dan kawalan berkawan yang kedua... ibu bapa tak patut rasa sifat keterbukaan yang terlampau. Ini kerana anak2 lebih suka untuk mengikut kata2 kawan2 berbanding dengan ibu bapa sendiri. tunjang yang kedua adalah kasih sayang. Jika ada kasih sayang yang cukup, anak2 akan fikir 2-3 kali jika ada terlintas untuk melakukan sesuatu yang terlarang.

Thursday, December 24, 2009

Hati aku tersentuh.... jauh ke dalam

Semalam aku ambil cuti sebabkan aku demam, selsema dan batuk2... tapi waktu petang aku rasa sihat skit. so zai ajak pegi jalan temankan dia lawat dua orang member dia yang baru bersalin.



Terlalu banyak mesej yang aku terima dari kawan2 yang lain berkenaan kelahiran cahaya mata mereka. pada mereka, cuma ingin berkongsi kebahagiaan dengan kita, tapi pada aku, cuma sakit hati yang perlu aku tahan. bukan salah diorang pun, perasaan aku je yang tak tertahan.

Hati aku berat sebenarnya nak pegi... tapi aku tak tau macam mana nak expresskan perasaan aku ni... em.. macam mana nak cakap ye.... aku rasa aku tak nak sentuh baby yang baru lahir tu... aku rasa macam aku belum ada satu sifat seorang ayah untuk dukung seorang baby? tapi perlu adakah sifat seorang ayah untuk mendukung baby?



Sampai di hospital Sungai Buloh, tunggu waktu melawat tiba pada jam 4.30 petang... masuk terus ke tingkat 6. Sesampai di katil kawan zai tu, mata aku menjeling ke arah baby di sebelah kanan katil. aku terus duduk di kerusi di sebelah kiri katil. perasaan aku untuk jauh dari baby tu masih ada...

Tapi kenapa aku rasa macam ni? bukan ke aku sekarang beriya2 nakkan seorang baby?

zai bergelak tawa dengan kawan dia sambil melihat baby. aku terus duduk di kerusi sambil baca majalah Nur.



"Abang, meh la dukung baby ni." zai panggil sambil tersenyum.
"takperlah, sayang", aku membalas dengan suara malas + malu.

zai angkat baby tu dan bawa ke aku. dengan berat hati, aku sambut baby tu dan aku dukung dia.

Waktu aku dukung baby tu, hati aku jadi lembut sangat.... rasa sejuk, rasa sebak, tersentuh dengan sifat baby tu sendiri. tiba2 aku rasa perasaan sayang muncul bila aku usap pipi dan kepala baby tu. aku rasa ini kot perasaan seorang ayah... aku cuma mengagak saje sebab aku pun tak pernah mempunyai perasaan macam tu.

Sebak dalam hati aku bercampur dengan gembira apabila aku pandang baby tu, aku dapat rasakan yang aku akan menyayangi anak aku nanti macam ape yang aku rasakan sekarang. Cuma mungkin belum ada rezeki aku dan zai lagi untuk peroleh anak.

aku teringatkan Amin, anak saudara sebelah zai yang sempat aku jaga selama 2 minggu. dalam masa 2 minggu tu pun, aku rasa sayang pada Amin macam seorang ayah.

http://anas-kacak.blogspot.com/2009/02/14-hari-sebagai-papa.html




Aku akan terus di sini mengunggu dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak seperti orang lain.

Saturday, December 19, 2009

Anniversary Aku & Wife yang ke 4....


Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 4, Sayang.