Thursday, June 18, 2009

Binatang Terkebal di Abad ini.....

Cuba korang teka... binatang apa yang paling kebal di dunia buat masa ni?

a. Harimau
b. Tenggiling
c. Cacing
d. Burung
e. Babi
f. Tiada di atas


Haaa.... apa jawapannya?

Harimau? mana mungkin.... kurang2 pun orang hantar kat zoo untuk elak kepupusan.

Tenggiling? tak jugak... pemburu haram dok kaut untung untuk makanan exotic.

Cacing? emm.... kalu orang ternak pun, diorang boleh buang macam tu je... tak effect apa2.

Burung? banyak aku tengok burung mati macam tu je...tak kebal pun...

Babi? YA BETOL!!! kebal betol binatang kotor ni... mana tak nya... kalu dulu ada kes Selsema Burung, habis burung banyak kena bunuh dan tanam...

Babi? diorang tak boleh bunuh wooo.... rugi industri makanan kita... kan banyak makanan process guna lemak babi sebagai ingredient. Lebih membuktikan dia kebal, kes Selsema Babi yang hangat sekarang ni terpaksa tukar nama jadi Influenza A... mana ada pihak media sebut Selsema Babi sekarang. Nak jaga hati babi tu sangat...

Masa Kes Selsema Babi tu muncul, orang jadi takut. Siap ada NGO buat initiative keluarkan artikel dan FAQ untuk kes selsema babi ni...


Salah satu soalan dalam artikel tu "Can we eat pork?"

Jawapannya, "Yes we can. The virus can be killed by cleaning during processing and well cooked. The pork is safe for you to eat."

Ada satu cerita dulu masa kat universiti dulu, ada sorang member bukan Melayu ni tanya kenapa la orang Melayu tak makan babi. Sedap tau... Aku cakap haram. Dia tanya apa yang haram? Kalu ayam tu patuk2 tanah makan cacing, tak kotor ke? boleh je makan. Aku balas balik... babi tu makan sisa2 makanan dan sampah. kalu ko makan babi, ko pun makan sampah.

Tak der khasiat langsung...

Sunday, June 14, 2009

Strategi Pemasaran di Waktu Gawat

Pihak media di Malaysia amat cekap dalam melindungi satu-satu isu di dalam negara bagi mengelakkan situasi panik dan cemas di kalangan rakyat. Dari segi politik negara contohnya, pihak media amat kuat di sisi kerajaan bagi memastikan berita yang tersebar adalah mengikut aliran dan strategi kerajaan.


Dalam masa sekarang, ramai yang terleka dengan kesibukan kerja dan pihak media menghebahkan ekonomi Malaysia kukuh dan semakin meningkat. Sedangkan, banyak kilang2 dan syarikat2 telah menjalankan langkah mengurangkan kos pekerja dengan perlbagai cara, seperti contoh, Skim Pencen Sukarela. Syarikat2 gergasi di Malaysia tidak terkecuali terkena bahang kegawatan ekonomi.


Dengan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang, ramai juga yang telah mengambil tindakan untuk menghadkan perbelanjaan dan menyimpan wang pendapatan lebih dari biasa bagi langkah2 kecemasan yang tidak dijangka di masa akan datang.



Oleh kerana ramai yang telah mula menghadkan perbelanjaan, pasaraya2 yang ada sekarang akan menerima impak yang maha hebat. Namun, mereka mula mengorak langkah dengan mengubah strategi pemasaran untuk mengumpan semula rakyat Malaysia. Umpanan mereka setakat ini mengena!

Pasaraya2 menjalankan JUALAN MURAH dari potongan 20% hingga 70%! Mata2 pengunjung pasti terpana dengan tanda2 harga yang telah dipotong separuh. Hakikat sebenar tidak lah seperti yang difikirkan. Bukanlah potongan 50% itu sebenar2nya potongan. Harga selepas potongan itu adalah harga asal pakaian tersebut.

Jika kita peka dan tinjau harga sebelum JUALAN MURAH, contohnya, sehelai seluar khaki berjenama Camel berharga RM69.90. Semasa JUALAN MURAH, harga seluar yang sama berharga RM139.90! Tanda potongan sebanyak 50% menjadikan harga kembali kepada harga asal RM69.95!

Kembalilah kepada rancangan kita untuk menyimpan dan belilah barangan yang perlu sahaja. Setiap kelekaan kita membuatkan kita sesal setiap masa.

Tuesday, June 9, 2009

Rindu di kejauhan...


Cuaca cukup panas... musim tak menentu. Ada kalanya petang hujan dan ada kalanya petang panas yang amat. Tapi aku dalam ofis tak terasa apa yang berlaku di luar. Yang terasa kedinginan air-cond dan kehangatan isu2 dan konflik2 dalam ofis ni.

Jari-jemari sibuk menekan keyboard untuk membalas email client dan kontraktor. Dalam kepala ni dah tak ada perkara lain. Selagi belum tutup mata, keje-keje-keje...

Di tengah kesibukan keje, tiba2 handphone aku berbunyi... paparan menunjukkan nama pemanggil....

"Ayah?", bertanya sendiri.

"Ada apa ayah call ni?", hatiku juga bertanya.

Dengan segala pertanyaan, aku jawab juga.

"Assalamu'alaikum, ayah."

"Wa'alaikumussalam. Anas di tempat kerja ke?"

"Iyer ayah. kenapa ayah telefon?"

"Ayah saje telefon. Handphone ni ada kat tangan. Dari tak buat apa2, baik call. Anas sihat?"

"Sihat, ayah. Ayah sihat?"

"Alhamdulillah. Maaflah ganggu Anas waktu keje ni."

"Oh, takper Ayah, kebetulan Anas tak banyak keje", jawabku dengan serta merta berhenti dari buat semua keje.

Perbualanku tak lama. Aku kirim salam pada emak dan akan biarkan ayah meletakkan telefon dahulu. Aku termenung sejenak, fikirkan ayah call waktu2 macam ni... terus terlintas di fikiran aku yang tahu ayah sedang merasa sunyi... hanya berdua dengan mak di johor bahru. Anak2 dah merantau jauh keluar dari Johor Bahru.

Aku cukup kenal ayah, seorang yang tegas, kuat egonya dan amat suka bersendiri. Tapi, dari sikap yang suka bersendiri, aku tahu yang dia sedang rindukan anak2nya.... di mana hilai tawa anak2 yang meriuhkan suasana rumah... kini sunyi hanya berdua sahaja.... Air mata aku bergenang kerana aku pun turut merindui mak dan ayah.

Esoknya, ayah call lagi...

"Anas tengah buat apa? Aiman tu nak balik ke johor. Tapi ayah rasa aiman akan rasa bosan di rumah ni sebab rumah ni cuma ada mak dan ayah. Mungkin aiman boleh tinggal di rumah anas sampai habis cuti dia. Anas pandai buat kelakar, aiman mesti suka."

Hati aku tersentuh dari ayat ayah, sememangnya ayah amat merindui anak2 nya. Ayah tak pernah sentuh hal aku suka buat kelakar di rumah. Dulu, waktu semua anak2 tinggal bersama, aku pernah kena marah kerana terlalu bising dalam rumah. Kini, jelas ayah rindukan saat2 tu. Aku tak tertahan menangis kerana aku pun terlalu rindukan mereka. Dah sebulan setengah kami tak berjumpa.

Setiap kali sembahyang, doa aku untuk kesejahteraan mak dan ayah tak pernah putus. Aku tak akan lupa untuk berdoa kerana.... aku sayang pada mereka.


Saturday, May 23, 2009

Rokok, Hormat & Kepuasan Diri...



40% daripada rakan sepejabat aku adalah penghisap rokok. Setiap hari aku berhadapan dengan diorang dan aku tak boleh mengelak.


Secara professional, tidaklah aku boleh memberi teguran kepada diorang dan waktu selain dari kerja pun aku rasa tak nak tegur pun sebab diorang takkan dengar. Kawan2 sekerja yang baca blog ni mungkin akan sindir aku ataupun buat tak tau aje...



Perkara yang membuatkan aku nak tulis blog pasal rokok ni adalah waktu minggu lepas, kumpulan projek aku perlu membuat pembentangan laporan bulanan operasi kepada client. Lepas mesyuarat tamat, kami menjemput client untuk makan tengah hari bersama2.

Salah seorang dari client kami merupakan seorang ibu mengandung dan beliau sangat sensitif dengan asap rokok... tapi, apa yang aku nampak, rakan kerja aku sendiri hisap rokok di sebelah client yang mengandung tu... nak ditegurkan, semua orang tau yang dia jenis keras kepala. Aku cuma berbisik pada client aku supaya memaafkan kawan aku tu. Sepanjang makan tengah hari tu, aku nampak client tu tak selesa dengan asap rokok. Di waktu2 nak habis makan tengah hari tu, baru dia padamkan rokok. Dah faham lah tu, kalu tak, sebatang demi sebatang dihisapnya.




Korang fikirlah sendiri apa baiknya hisap rokok tu...




Kalu ditegur pun, korang akan dapat jawapan seperti di bawah:
1. Asap rokok ni masuk dalam paru2 ko ke?
2. Aku kenal rokok dulu dari ko!
3. Aku peduli ape, aku punya pasal la
4. Kalu aku tak pedulikan kesihatan aku, kenapa ko yang sibuk?
5. Rokok la yang dapat tenangkan fikiran aku.
6. Asap kenderaan kat jalanraya tu lagi banyak ko sedut dari asap rokok ni.
7. ...

Thursday, May 21, 2009

KECEMASAN!!!!! Hujung bulan daa....

Ada dua (2) waktu yang mood orang lebih kurang sama down gilers....


Datang bulan.... (untuk perempuan), si suami atau boyfriend turut down sekali bila tengok perempuan bad mood...


Hujung bulan... (untuk yang makan gaji), tak dak lain lagi dah... "ko jangan ajak aku makan kat restoran atau fast food... warong cukup!"


Huhu... korang paham tak perasaan aku nih...?

Wednesday, May 6, 2009

Aku berpesan, Tapi tiada yang endah



Beberapa tahun yang lalu, aku pernah makan di sebuah kedai fast food nasi ayam di sebuah hypermarket... orang kata nasi ayam dia sedap... aku pun pegi la dengan wife aku untuk mencuba... tapi, halwa tekak aku rasa tak la sedap sangat.


Yang nak dijadikan cerita dalam blog ni adalah isu kebersihan ayam yang dimasak... ramai yang begitu prihatin tentang halal haram makanan yang mereka makan, tapi lepas ayam tu dimasak, adakah kita tahu yang ayam tu telah disembelih mengikut tertib? adakah orang yang sembelih itu orang yang betul? adakah kaedah sembelihan itu betul?






Kita tumpu kepada pendahuluan kenapa kita patut sembelih haiwan untuk dijadikan makanan?



Darah merupakan agent pengangkutan dalam badan. Darah membawa oksigen ke seluruh badan, darah membawa segala apa pun untuk tubuh... termasuk bahan toksik.



Dalam badan mesti ada toksik sebab apa yang kita makan, apa yang haiwan makan bukan semestinya 100% bebas racun.




Oleh yang demikian, darah mestilah dikeluarkan dari tubuh haiwan tersebut. Di mana tempat yang paling sesuai untuk dikeluarkan darah haiwan? semua tempat di tubuh haiwan mampu mengeluarkan darah.... Untuk tidak menyeksa binatang dengan kesakitan, kita sembelih dileher, di mana salur darah yang paling dekat dengan jantung. tekanan jantung membuatkan darah lebih cepat keluar dari tempat sembelihan dan haiwan akan segera mati.



Oh, ada yang mencadangkan kalu patahkan leher boleh buatkan haiwan itu mati lebih cepat? memang betul, tapi darahnya tidak keluar. Apabila haiwan mati dengan darah masih dalam tubuh, darah tersebut akan berkumpul dan terperangkap di dalam otot2 dalam tubuh. Walaupun kita masak dengan baik dan lama, darah tu masih berada dalam daging haiwan tersebut.




Oh, ada yang berpendapat kalu masak lama atau masak dengan suhu tinggi boleh selamat? Mana mungkin.... kita sedang bercerita tentang toksik dalam darah bukan kuman dalam darah. Sesetengah toksik tidak bertindak balas apa2 dengan suhu tinggi.


Walau sesedap mana pun daging yang kita masak tu, toksik tetap ada dalam daging... ia akan membawa mudharat kepada kita dalam jangka masa yang panjang.



Contohnya, kerosakan hati, pankreas, buah pinggang.... kalu sakit buah pinggang orang salahkan makan garam lebih, kalu sakit pankreas orang salahkan makan gula lebih, kalu rosak hati orang salahkan terlebih bantai panadol. Walhal, toksik yang kita makan tu adalah 'culprit'.. ewah... speaking pulak...


Kita berbalik kepada nasi ayam yang aku makan kat hypermarket tu.... aku dah pesan dah pada tuan punya kedai tu melalui email dan borang komen pelanggan, tapi tiada maklum balas walaupun tanda terima kasih....


Baru2 ni, aku balik Kuala Terengganu, pekena nasi ayam fast food jugak... ayamnya pun sama.. darah meleleh keluar... ada yang kering tapi dia punya serap dalam daging tu...










Bak kata Nabil... LU PIKIR LA SENDIRI....

Thursday, April 23, 2009

Telefon Buruk


Masa korang kecik2 dulu mesti penah main permainan 'telefon buruk', kan?

Lepas aku accident pada 20th April 2009, aku maklumkan pada rakan2 ofis dan bos berkenaan accident aku dan aku MC 21st April 2009.

Hari ni 22nd April 2009, aku masuk opis dan ramai yang bertanyakan hal aku.

"ko ok tak?"

"sakit tak?"

"macam mana myvi tu boleh langgar ko?"

haaa? myvi langgar aku? bila masa aku cakap myvi langgar aku? clear cut aku tulis dalam sms yang aku dilanggar oleh sebuah motorsikal dan aku terjatuh sliding ke bawah myvi. myvi tu pun tak bergerak ke mana2 sebab trafik lite.. tengah berenti pun. motor tu yang langgar aku tu lari yang tak ape2.... lari jauh siot info yang aku bagi tau.

"aku dengar ko kena langgar dengan myvi. myvi tu calar skit dan ko tak ape2"

Ada satu lagi cerita yang aku maklumkan pada member ofis aku dulu. Cerita yang aku pernah ondway balik dari Teluk Ramunia ke Kuala Lumpur. Atas highway PLUS kat area Pendas Linggi, aku drive sorang2 kul3 pagi. Ada satu lembaga tengah duk kat tepi tingkap sebelah aku ni.. dekat sebelah je... tengah tenung aku... Aku buat tak layan... pastu dia gerak ke depan skit, kat hujung side mirror.. kira dia nak menampakkan diri dia lebih jelas lah... tapi aku tak layan.... sampai tol sungai besi, baru dia hilang....

Sebulan kemudian, cerita aku ni dah pusing 2-3x dah dalam opis ni. Bila sampai cerita tu kat aku balik, cerita tu jadi lagi thrill lah...

"Nas, betul kan ko nampak ada hantu dok tepi tingkap ko masa kul 3 pagi kat highway PLUS? pastu ko buat tak layan kat hantu tu... hantu tu marah dia pegi duk kat belakang boot keta ko siap goyang kaki lagi. sebab ko tak layan dia, dia naik atas bumbung dan sergah ko kat cermin depan, kan?"

ape kebendenya citer jadi macam ni? citer aku simple je... tetiba jadi telenovela pulak....

Tuesday, April 21, 2009

Kemalangan Motorsikal

Sakit kaki aku... kepala aku... badan aku.... dah lama sangat aku tak accident... tapi semalam aku accident pulak. 20th April 2009, aku simpan dalam blog ni elok2 sebab lepas ni aku dah lupa dah... takder hal aku nak ingat sampai bila2.... mengusutkan fikiran aku je....

Ondway balik dari ofis, aku bawak motor aku kat jalan jelatek. biasa lah trafik jam... aku menyusur di celah2 deretan kereta dengan lancar... tengah2 aku bawak motor tu, ada satu perasaan yang nak buat aku brek.... tetiba ada satu motor masuk lane aku dari celah keta tanpa berhenti...

Aku tekan la emergency brek aku... ape kan daya tak sempat.. aku langgar motor tu... motor tu 2 orang... jadi dia lebih stabil.. dia gogeh2 handle dan tak jatuh... aku ni yang jatuh dan sliding masuk bawah myvi.... ada la calar skit myvi tu.. nasib baik tuan punya keta kata takper...

Tapi aku sumpah seranah la motor yang langgar aku tu... dia tak berenti skit pun... cabut macam tu je.... weh dah la 2 orang.. pengecut pulak.... kasi potong la telur ko tu!

Tak serius la aku, cuma calar dan bengkak kaki kanan aku sebab kena hempap motor sendiri. kepala ada senoneng skit... balik umah... pekena speghetti wife aku masak... lewat malam skit baru rasa sakit badan... gi la jupe doktor.. dapat MC satu hari.

Tapi... aku tak serik bawak motor... itulah aku.

Saturday, April 11, 2009

Album Pertama MEET UNCLE SALLEH : The Shutdown



Kini anda boleh dapatkan album hangat terbaru dari MEET UNCLE SALLEH !!! Album yang merangkumi 10 lagu baru dan 3 lagu hits single yang membuatkan anda rasa hidup kembali.
  1. Kepalamu ku hentak spanar
  2. Kakiku di bibirmu
  3. Racun bergula
2 Lagu Bonus :
Bengangku tahap gaban
Mengapa kau membisu (gasket tak ikut spec)


Kumpulan ini ditubuhkan sempena nama seorang safety officer kontraktor di FPSO Bunga Kertas semasa planned shutdown 2009 : Haji Salleh


Planned Shutdown 2009 FPSO Bunga Kertas



Keseronokan, Cabaran, Pengurusan, Kesukaran.... Semua ada dalam operasi shutdown yang aku uruskan pada 7th March 2009 - 19th March 2009.

Kesukarannya, rancangan asal aku berada di offshore hanya dari 7th March 2009 - 14th March 2009 je.. tapi meleret sampai 19th March 2009 disebabkan ada beberapa komplikasi masa shutdown tu. 12 hari aku mengikut ombak ke kiri dan ke kanan... pening tu dah tak dah sebab dah biasa. kalu bot kecik tu mungkin mabuk...

Ada la beberapa gambar yang boleh dikongsikan semasa kat offshore tu.


Macam2 kerenah kontraktor yang ada... tapi shutdown ni tak tough sangat banding dengan platform shutdown sebab kerja banyak dan kontraktor lagi ramai.