Tuesday, November 18, 2008

Aku, Roti Keping & Kuah Megi Kari...

Korang dah makan? makan ape? sedap?


Korang tau tak, berapa banyak aku boleh makan sekarang? tak banyak mana pun... cuma bila aku makan lebih skit, berat badan aku naik bukan main tinggi lagi...



Aku teringat masa aku belajar kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai... pinjaman PTPTN aku ada problem... tak dapat selama 2 semester (9 bulan). Duit belanja kena catu... betul2 kena catu. Sambil belajar, aku keje kat stesen minyak Petronas... kalu tak keje, ape nak makan?


Setiap hari, tengah hari aku pegi cafe dalam UTM untuk makan tengah hari. Aku ambil nasi putih, letak dalam pinggan... aku pegi ke tray lauk. Ramai orang tengah sibuk ceduk lauk masing2. Aku cari kuah mana yang sedap pada aku. Aku amik kuah, aku curah atas nasi aku. Terus aku ke tempat air, amik air suam. Pergi ke kaunter bayaran...


"Nasi je dek? lauknya mana?"


"Ini je kak untuk saya hari ni", balas aku sambil senyum. Aku hulur RM0.70 untuk bayaran nasi.

Orang beratur dok pandang2 aku, berbisik sesama sendiri... tapi aku peduli hape. Kesian kat aku? hah, blanja la aku makan.

Lepas makan, aku pegi kedai beli roti buku... Roti Daily... dalam satu buku ada 10 keping dengan harga RM0.90 je... sebuku roti tu cukup untuk aku makan 2 hari. Ada duit lebih skit, aku beli jem sekaya RM1.20 sebekas... sebekas sekaya cukup untuk aku sapu roti untuk 5 hari. Silap2 tak sampai 5 hari dah tumbuh kulat... ape nak buat, rezeki kulat.

Hujung bulan, aku tunggu gaji yang lambat tak on time tu... wallet aku cuma tinggal wallet je... tabung aku cuma dengar2 macam ada 2-3 keping je.



"Ape aku nak makan hari ni?"





Roomate aku senasib dengan aku, cuma dia advance skit.. dia makan mee segera. Nak pinjam duit takut susah nak bayar... diam je lah.

Aku terperasan, roomate aku dah sudah makan, mangkuk dia tinggal kat atas meja... kuahnya ada lagi...

"Zie, ko dah habis makan ek? boleh bagi aku kuah megi kari ko kat aku?"

roomate aku mengiya kan je... aku amik mangkuk megi tu, aku makan dengan baki roti yang aku ada. Alhamdulillah... sedap betul. Esok aku tengok, roomate aku tinggal kuah lagi lepas makan. Tapi roti aku dah habis... rezeki aku setakat kuah je kot... aku hirup habis2 kuah kari tu... Alhamdulillah... sedap betul.

Hari ketiga, gaji tak masuk lagi... tapi kali ni, roomate aku tak tinggalkan kuah megi dia, dia tinggalkan satu bungkus megi kat meja aku. Mungkin dia perasan aku dah kering sangat amat. Alhamdulillah... sedap betul... lebih sedap dari ape yang aku makan semalam. Terima kasih pada roomate aku.

Sekarang, aku dah habis belajar, ada pekerjaan tetap... aku kejar cita2... aku ada sebuah pengharapan untuk tidak mensia-siakan rezeki yang Allah beri pada aku...


Setiap suap aku makan, aku akan rasa syukur... Alhamdulillah.. sedap betul. Kalau lah aku dah tak boleh makan atau nikmat merasa aku ditarik balik, apa yang aku boleh buat?


Tapi orang selalu salah tanggap... yang aku ni kuat makan, padahal aku bersyukur. "Ane, nasi tambah wunne!"

Tuesday, November 11, 2008

Kuatnya Dugaan Untuk Aku... Untuk Dia

Aku masih tak dapat tido walau pun jam dah menunjukkan pukul 12.36 tengah malam. Aku baring depan ruang tamu, buka TV untuk melayan mata yang tak mengantuk ni.. siaran astro ulangan akademi fantasia musim ke 3... ada mawi tu...

Mata ni masih tetap rasa tak mengantuk... malam ni aku tido sorang2... takder teman. Zai masuk wad pagi ni untuk buat biopsi buah pinggang dia esok. 3 hari doktor kata... lama betul.

Aku rasa sunyi sangat... takder orang nak marah aku, takder orang nak membebel aku, takder orang nak bercerita dengan aku... sunyi sangat. Di hospital, waktu melawat kul12.30 tengah hari sampai kul2.30 petang dan 4.30 petang sampai kul 7.30 malam. aku akan cuba manfaatkan masa melawat tu nanti untuk jupe zai.

Petang tadi, lepas aku habis keje, aku terus ke hospital, nak lawat zai. aku dah sms dah kata ondway ke hospital. Zai balas sms "yea!". hepi betul.. aku pun hepi nak jupe dia... aku beli la skit roti, air botol & buah limau untuk dia makan masa boring2 kat hospital tu...

Sesampai kat wad, aku sembunyi belakang tiang. Aku intai zai dari belakang tiang... zai tengah makan nasi yang catering wad bagi tu... nampak la tray hospital tu. Zai makan sesuap, jenguk tingkap, cari aku dah sampai belum... suap lagi nasi ke mulut, jenguk tingkap lagi... betapa mengharap zai untuk aku datang petang ni.



Masih di belakang tiang, aku tengok pesakit lain, tenat sangat. Terlintas dalam fikiran aku, "isteri aku sakit", walaupun aku memang tau yang zai tengah bertarung dengan SLE dia tu. tapi dia kuat... kuat sangat. Aku sms dia, "boring nampak?". Lepas dia baca sms tu, terus senyum dan tercari2 mana aku menyorok.



Aku pegi terus ke katil dia. salam. zai cium tangan aku... aku balas dengan cium di dahi. nafas aku dah sebak... aku cuba tahan masa bercakap supaya air mata ni tak mengalir terus... faham2 lah kalu aku menangis... macam budak2. ni tengah tulis blog ni pun tengah nangis ni ha...


aku duduk atas katil, borak dengan zai... macam2 citer... zai pandai buat kelakar, suker sangat dengar citer dia. Aku tetap akan ketawa walaupun kalu aku buat kelakar dia tak ketawa. penat buat kelakar... Kalu dulu masa aku kenal dengan dengan zai, aku yang banyak bercerita... sekarang dia pulak banyak citer.

Waktu melawat habis kul7.30, tapi aku balik kul6.50 petang sebab nak kejar solat maghrib. sampai rumah, suasana sunyi mula aku rasa dan menyelubungi hati. Doa aku tak putus2 untuk zai. esok aku waktu lunch hour, aku nak pegi lunch dengan zai kat hospital...

Aku kena kuat sebab dugaan yang aku terima ni tak sehebat dugaan yang zai hadapi sebab zai yang bergelut dengan SLE, bukan aku.

Saturday, November 1, 2008

Ada Hantu dalam Lif?



Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Aku masih kat opis lagi dengan persediaan untuk meeting dengan client Isnin depan. Sedar2, tinggal aku sorang je kat opis, yang lain dah balik... yelah.. hari Jumaat la katakan.. esok cuti, kena la balik awal. Member2 yang main pingpong sesama tadi pun rupa2nya dah balik dah...



Aku pun kemas2 la nak balik... masa kemas2 meja tu, tetiba bulu roma terasa meremang jek... sebahagian opis dah tutup lampu dah... yang kat kawasan kelam2 tu la aku rasa macam ada yang pandang aku jek... aduuuhhh... nape la time gini pikir yang bukan2.






Lepas shutdown pc, aku galas beg dan terus ke lif... on the way ke lif, aku teringat ada satu video yang member sent melalui email berkenaan ada perempuan tua bongkok tiga tetiba muncul dok dalam lif belakang orang dalam lif tu... orang dalam lif tu dua orang pun tak perasan ada perempuan tua tu kat belakang diorang... video tu dari CCTV bangunan tu.. cctv tu yang capture gambar perempuan tua tu... aduuhhh, gabra dah.






buka pintu cermin opis, tutup semua lampu dan tekan butang lif untuk turun... alamak, lambat pulak lif ni... ikut ekor mata aku dah nampak macam ada yang tengok aku tepi pintu cermin opis. Nape la time gini aku pikir2 macam ni....





Lif dah buka, aku terus masuk.. tekan butang G. Biasanya, dalam lif, aku suka duk penjuru kanan belakang. Dalam kedudukan tu, aku boleh nampak semua sudut dalam lif tu. Lepas tekan butang G, aku terus berundur ke penjuru kanan belakang lif. tiba-tiba........





aku.... terlanggar sesuatu kat belakang aku. aku tak sampai ke dinding lif... ada sesuatu di antara aku dan dinding lif... ah sudah... kenapa terjadi kat aku pada waktu macam ni... rasa nak terkencing pun ada, gabra punya pasal.


aku cuba pikir logik dengan akal yang waras.... dengan tenang.... dan sabar.... baru aku sedar, yang ada di antara aku dan dinding lif adalah BEG YANG AKU GALAS !!!!!

MACAM MANA LA AKU BOLEH LUPA YANG AKU TENGAH GALAS BEG???!!!


bikin malu aku jer......

Thursday, October 23, 2008

Satu Gerabak Tren Khas Untuk Wanita Sahaja


Pagi-pagi lagi aku kena keluar dari rumah untuk ke ofis dengan naik tren LRT Rapid Transit... Stesen paling dekat adalah Stesen Wangsa Maju. Stesen Wangsa Maju tu adalah antara stesen yang sangat sesak... stesen lain mungkin ada yang lebih sesak, tapi sebab aku dari Wangsa Maju, so aku bercerita dari tren Wangsa Maju lah...




Beratur panjang... masing2 dengan bau perfume yang menusuk hidung... tapi petang karang, confirm semua orang satu bau perfume je... hamis yang amat... ada yang buat2 bengap... tangan angkat tinggi2 kasi 'aircond' full blast.



Bila tren sampai, ada yang ambil kesempatan nak potong queue... siap buat muka tak malu tu... dan dalam tren orang dok himpit2, tolak2, gesek2 dan sewaktu dengannya... perempuan lelaki berhimpit2... masa tu dah takder rasa malu bila tubuh bergesek2... ataupun terpaksa?


Yang lelaki confirm suker punya... masa bergesek dia cakap, "maafkan saya", dalam hati "Walaweh, lembut mantap siot!"


Ini secara halus martabat seorang wanita telah jatuh. Dari segi pemakaian itu jika perempuan tu sendiri tak jaga, martabatnya dah jatuh separuh... ini pula berhimpit dengan lelaki. Dalam Islam, tubuh wanita disebut sebagai 'perhiasan' dan perhiasan ini amatlah berharga dah patut dijaga... tapi bila keadaan macam ni, perhiasan dinoda dan martabat jatuh lagi separuh.


Di jepun, satu gerabak khas di buat untuk perempuan saje. Gerabak selebihnya bercampur lelaki&perempuan. Mungkin mereka takkan buat satu gerabak lelaki saje. Jepun dah buat satu gerabak khas, dengan ini martabat wanita terjaga. Kita boleh tak buat macam tu?



Mungkin sukar untuk buat, tapi kita kena cuba... orang lelaki diciptakan sebagai pemimpin seluruh alam. Menjaga semua makhluk ciptaan tuhan dari manusia, haiwan, tumbuhan, batu-batuan, air, angin dan sebagainya...

Sunday, October 19, 2008

Tersalah Masuk Rumah Open House???!!!



Sepanjang Syawal ni, memang tak kurang dari 3 undangan rumah terbuka dalam seminggu... tapi perut ni larat nak tampung satu rumah terbuka je.. mana taknya.. satu open house terus rambang nafsu, tengok lemang rendang ada, satay tu wajib lah... pulut durian lagi, roti jala fullamak... ape lagi yang korang nampak, semua nak balun. Cukup satu rumah dah tergolek tak larat nak jalan... mengesot je lah.


Ini cerita aku nak share dengan pembaca lah... 11th October 2008 lepas, aku pegi la rumah sepupu aku kat Saujana Utama, sungai buloh. Dari rumah aku, guna MRR2 straight ikut sungai buloh, takder belok2. ada la 30 minit perjalanan.


Sampai Saujana Utama, aku call sepupu aku tu, dia kata tunggu kat pintu masuk Saujana Utama 3, nanti husband dia amik... aku pun ok lah. Setibanya di pintu masuk Saujana Utama 3, aku nampak ada satu motor tengah tunggu, aku pun buka tingkap keta n lambai2... dia bawak motor dekat dengan aku dan kata "ok jom"



aku pun ikut lah... aku kenal betul raut wajah husband sepupu aku tu... so aku dengan penuh confident follow motor tu... Ehh... ini masuk Saujana Utama 3.. tapi alamat yang dia bagi Saujana Utama 2... Ahh.. mungkin shortcut kot.


bila sampai rumah dia, dia park motor n suh aku parking keta dalam garage dia. aku buka tingkap n buat lawak la.. "Eh boleh ke ni? Halalan Thoiyiban ke?"... dia jawab.. bleh bleh... TIBA2, ini open house ke ni? nape sepupu aku ni tak bagi tau yang dia ajak orang lain ramai2 malam ni? isk... aku dah rasa semacam dah ni... aku keluar jap jupe husband dia... bila aku face2face dengan husband dia, baru aku perasan yang itu bukan husband dia...

ALAMAK... salah orang dan salah rumah!!! aku dengan baik cakap, "sebenarnya, saya dah salah rumah ni... sebenarnya saya nak ke Saujana Utama 2"

dengan baik tuan rumah tu cover, "takper2, masuk dulu makan2, kawan2 je... jemputlah"

aku pulak takkan nak buat tak malu masuk, aku pun mintak diri nak pegi balik ke pintu masuk Saujana Utama 3 tu sebab husband sepupu aku yang sebenar tengah tunggu. wife aku dan adik aku dalam keta terkekeh2 ketawa... malu ni rasa macam nak masuk dalam tin biskut je... ada ke aku siap buat lawak 'halalan thoiyiban' pulak...

Sekian pengalaman yang tak dapat aku lupakan...

Friday, October 10, 2008

APAKAH MESIN PALING POPULAR PADA BULAN SEPTEMBER & OCTOBER ?

Di pasaraya - pasaraya sekarang kita boleh nampak macam2 jenis mesin 'coin slot' yang menarik perhatian orang ramai.


Antara mesin2 tu adalah
  1. Mesin Top Up prepaid,
  2. Mesin tilik nasib,
  3. Mesin air tin,
  4. Mesin timbang berat badan,
  5. Mesin bayar bil.
  6. Mesin air tapis


Antara keenam-enam mesin coin slot ni, yang paling glamor pada bulan September & October ni adalah MESIN TIMBANG BERAT BADAN!!!!!






nape? tak percaya? nak buat macam mana... semua orang termasuk korang sendiri akan fikirkan berapa kilo berat badan turun masa bulan pose ni... bila ke pasaraya, timbang... bukan mahal pun.. doposen je.



lepas raya pulak, sibuk nak timbang berat nak tengok effect makan lemang 5 batang dengan rendang...

Wednesday, October 8, 2008

Bulan Berjimat Cermat.... Ramadhan atau Syawal?

Sedar2 kita dah habis puasa dah pun.... 30 hari puasa, lama ke? tak kot... kalu orang yang menghitung hari.. mungkin lama.


Sejak awal bulan Ramadhan lagi ramai orang memperkatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk beramal dan berjimat cemat... dan majoriti mengiyakan kenyataan tu... tapi sekarang adakah kita nampak jimat cermat tu? boleh dikatakan ...yilek!





Aku pun buat lah analisis pada diri aku sendiri... adakah aku berjimat cermat di bulan Ramadhan...?

Sahur... lauk malam tadi masuk microwave.. jimat jimat...

Berbuka puasa... pegi pasar ramadhan beli nasi kerabu RM3.50 x 2, Air Buah RM3.50 = RM10.50... jimat ke? entah la



Minggu kedua Ramadhan pulak... Sahur macam biasa, hangat lauk berbuka semalam. Tapi kengkadang lepas Qiamullail rasa nak pekena McD pulak... jadik!



Berbuka Puasa pulak... beli nasi dagang pulak RM3 x 2, Air Buah RM3.50, Kuih Bakar RM3.50, Kuih Caramel RM2 = RM15.00... jimat? huhu~~


Minggu ketiga Ramadhan... Sahur macam biasa dan ada lauk extra sebab banyak lauk buka puasa semalam tak berusik....

Buka Puasa... beli nasi tomato dengan rendang RM6, nasi kerabu RM3.50, Air Buah RM3.50, kuih bakar RM3.50, murtabak RM1.50x2 dan kuih2 ntahapeapentah RM2 = RM21.50.. aduuuh



Minggu keempat... tak payah cerita lah... hotel sana hotel sini...

Masa minggu keempat tu, duit mengalir macam air je... mana taknya... baju raya, seluar raya, seluar dalam raya...

Lepas raya ni, confirm kena jimat cermat... bak kata Nabil Raja Lawak "LU PIKIR LA SENDIRI"

Saturday, August 23, 2008

Nasihat atau Cadangan?



Setiap manusia memerlukan teguran dan peringatan sepanjang hidup mereka... kerana tanpa teguran dan nasihat, manusia mudah lupa kerana terlalu asyik dengan urusan-urusan mereka. Dengan teguran, manusia boleh sentiasa beringat dan kembali ke landasan yang betul


Namun, terdapat satu sifat yang ada pada diri setiap manusia yang mampu menolak semua nasihat dan teguran yang diberikan. Sifat tersebut adalah EGO. Sifat ini tanpa kompromi mampu menolak nasihat dan merenggangkan tali persahabatan.

EGO seseorang akan berlipat kali ganda apabila teguran itu datang dari orang lebih muda atau orang yang berpangkat rendah dari kita. Tapi, mengapa ini semua terjadi? Ini adalah kerana, orang yang berpangkat besar merasakan tindakan mereka lebih bijak dan lebih berhasil berbanding orang-orang bawahan. Begitu juga dengan orang-orang berusia. Mereka merasakan yang mereka lebih banyak makan garam dari orang-orang muda.


Jadi bagaimana, orang-orang muda dan orang-orang bawahan hendak mengutarakan pendapat dan nasihat kepada mereka yang lebih berusia dan berpangkat sedangkan jelas dan nyata yang golongan ego tinggi ini telah melakukan kesilapan dan perlu dibetulkan?


Konsepnya sama, cuma bunyinya berbeza. Selain dari perkataan NASIHAT, kita juga boleh menggunakan perkataan CADANGAN. Mungkin CADANGAN tidak semestinya diterima oleh golongan ego tinggi ini, tetapi kita memberi mereka ruang untuk berfikir dan mendalami cadangan kita. Dengan adanya cadangan, kita tidak memaksa golongan ego tinggi ini untuk membuat keputusan ataupun perubahan yang drastik atau secara mendadak. Ini akan menunjukkan sifat kurang integriti dalam diri mereka. Maka ego akan ambil alih segala kerasionalan dan boleh berlakunya pertengkaran. Sila elakkan semampu anda.


"Walaupun seseorang menerima nasihat kita, hati mereka tetap akan terluka"
.
"Even a person accept our advise, the heart is still being hurt."



Wednesday, August 6, 2008

Business in Abana's Point of View

Ramai di antara kita yang memberikan pandangan yang berbeza terhadap konsep berniaga. Ada yang merasakan berniaga adalah suatu yang sukar dan ada pula yang merasakan berniaga merupakan darah daging mereka.



Tetapi yang saya nak nyatakan di sini adalah jika seseorang itu suka kepada berniaga, adakah dia boleh berniaga? adakah dia mampu berniaga?


Kita ambil satu contoh.... MLM..... ramai yang cukup tak suka dengar MLM. Bila kawan ajak makan di satu tempat lain.. jauh dari tempat biasa, kita dah mula rasa pelek... "alamak, mamat ni mesti nak promote MLM dia ni kot...". Sekali betol! huh, menyesal ikot....

Bukan bermaksud untuk merendah2kan orang yang tidak suka berniaga... tapi itu kata hati diorang.... diorang rasa tak mampu nak buat semua tu, tak ada masa nak gerakkan bisnes. Ada yang tak bernasib baik, tapi tak putus asa.... lepas gagal dalam satu MLM, cari MLM lain.... dan ada yang tamak haloba, register banyak MLM dalam satu masa...

"ORANG YANG HATINYA UNTUK BERNIAGA, DIA MAMPU MENJUAL BATU-BATU DI JALANAN KEPADA ORANG RAMAI"


Saya lihat ramai (bukan semua) yang berniaga ni bersifat defensive dan mudah terikut2 dengan kata2 orang sekitar... tak ada pendirian dan mudah goyah atau demoralise dengan kata2 atau komen2 negatif orang sekitar.

Pada saya, ada 3 asas mudah untuk berniaga:

  1. Jangan Berlengah2
  2. Fahami dan Yakini Produk yang kita bawa
  3. Jangan Menilai seseorang terlalu awal.

Jangan Berlengah2, kalau berlengah, kita mungkin akan terlepas pembeli yang berpotensi. Perniagaan memang sengit. Dengki pasti ada.




Faham & Yakin Produk, kita wajib tau ape yang kita nak jual, macam mana produk kita berfungsi, macam mana nak atasi masalah yang mungkin berlaku pada produk kita, apakah jaminan kita pada pembeli.


Menilai seseorang terlalu awal, orang yang pakai baju tak kemas tak bermaksud dia tak mampu beli produk kita. Mungkin dia lah pembeli terbaik kita. Jumpa dengan semua orang dulu dan tawarkan produk kita. Jika dia tolak kali kedua, terus cari pelanggan lain.

Selepas kita kukuhkan 3 asas ni, kita letakkan satu peringkat di atas 3 asas ini dengan "SIKAP".

Ramai yang tak guna cara ni di mana cara ni lah antara yang terbaik... di sebalik kita menjual produk kita, kita juga menjual sikap kita..... Orang membeli atas sebab barang itu perlu. Tetapi dengan kita menjual sikap kita, produk kita jatuh nombor dua.

Korang cuba lah sendiri, pegi ke kedai2 makan Melayu... amik order.... nak panggil order tu pun jalan tergelek2. Kalu tengah tengok tv, kita panggil nak order, punya lekat punggung dia kat kerusi tak nak miss tv tu.... "bang, apa special kat sini?"..... "Semua special...".... ini yang tak best... kalu menu sama setiap hari, paling kurang cadangkan lah apa2 pada pelanggan. Kekadang pelanggan ni nak makan tapi tak tau nak makan ape. Senangkan keje dia, pilihkan. Kat situ, dah dapat jual sikap kita dah. Senang2 pelanggan tu datang lagi lain kali siap bawak member2 lagi. Siapa untung?.... oh lupa, orang yang amik order tu makan gaji je... dia peduli hape jual sikap ni.

kita tengok la peniaga2 kat pasar2 pulak. Kita tanya dia bebaik, macam mana respond dia? Senyum? Suara lemah lembut? Pandai ambil hati? Ramah? korang boleh buat bancian sendiri, dari 10 orang peniaga yang korang jupe, ada berapa yang pandai jual sikap dia? Saya dah buat banyak kali, purata 2 orang peniaga dari 10 orang telah berjaya untuk menjual sikap semasa sesi jual beli.

Jadi sebagai kesimpulan, para peniaga kita memang kurang 3 asas yang saya maksudkan tadi. Bila kurang 3 asas ni, Konsep Jual Sikap confirm tak jadi..... jangan lupa untuk tambah satu bulatan mengepung 3 asas & Jual Sikap ini. Bulatan tersebut kita panggil "KESABARAN"


"HASSLE, KNOW YOUR PRODUCT & DON'T PREJUDGE"


"SELL YOUR ATTITUDE"


"PATIENCE COVERS ABOVE ALL"