Saturday, August 23, 2008

Nasihat atau Cadangan?



Setiap manusia memerlukan teguran dan peringatan sepanjang hidup mereka... kerana tanpa teguran dan nasihat, manusia mudah lupa kerana terlalu asyik dengan urusan-urusan mereka. Dengan teguran, manusia boleh sentiasa beringat dan kembali ke landasan yang betul


Namun, terdapat satu sifat yang ada pada diri setiap manusia yang mampu menolak semua nasihat dan teguran yang diberikan. Sifat tersebut adalah EGO. Sifat ini tanpa kompromi mampu menolak nasihat dan merenggangkan tali persahabatan.

EGO seseorang akan berlipat kali ganda apabila teguran itu datang dari orang lebih muda atau orang yang berpangkat rendah dari kita. Tapi, mengapa ini semua terjadi? Ini adalah kerana, orang yang berpangkat besar merasakan tindakan mereka lebih bijak dan lebih berhasil berbanding orang-orang bawahan. Begitu juga dengan orang-orang berusia. Mereka merasakan yang mereka lebih banyak makan garam dari orang-orang muda.


Jadi bagaimana, orang-orang muda dan orang-orang bawahan hendak mengutarakan pendapat dan nasihat kepada mereka yang lebih berusia dan berpangkat sedangkan jelas dan nyata yang golongan ego tinggi ini telah melakukan kesilapan dan perlu dibetulkan?


Konsepnya sama, cuma bunyinya berbeza. Selain dari perkataan NASIHAT, kita juga boleh menggunakan perkataan CADANGAN. Mungkin CADANGAN tidak semestinya diterima oleh golongan ego tinggi ini, tetapi kita memberi mereka ruang untuk berfikir dan mendalami cadangan kita. Dengan adanya cadangan, kita tidak memaksa golongan ego tinggi ini untuk membuat keputusan ataupun perubahan yang drastik atau secara mendadak. Ini akan menunjukkan sifat kurang integriti dalam diri mereka. Maka ego akan ambil alih segala kerasionalan dan boleh berlakunya pertengkaran. Sila elakkan semampu anda.


"Walaupun seseorang menerima nasihat kita, hati mereka tetap akan terluka"
.
"Even a person accept our advise, the heart is still being hurt."



No comments: