Wednesday, May 6, 2009

Aku berpesan, Tapi tiada yang endah



Beberapa tahun yang lalu, aku pernah makan di sebuah kedai fast food nasi ayam di sebuah hypermarket... orang kata nasi ayam dia sedap... aku pun pegi la dengan wife aku untuk mencuba... tapi, halwa tekak aku rasa tak la sedap sangat.


Yang nak dijadikan cerita dalam blog ni adalah isu kebersihan ayam yang dimasak... ramai yang begitu prihatin tentang halal haram makanan yang mereka makan, tapi lepas ayam tu dimasak, adakah kita tahu yang ayam tu telah disembelih mengikut tertib? adakah orang yang sembelih itu orang yang betul? adakah kaedah sembelihan itu betul?






Kita tumpu kepada pendahuluan kenapa kita patut sembelih haiwan untuk dijadikan makanan?



Darah merupakan agent pengangkutan dalam badan. Darah membawa oksigen ke seluruh badan, darah membawa segala apa pun untuk tubuh... termasuk bahan toksik.



Dalam badan mesti ada toksik sebab apa yang kita makan, apa yang haiwan makan bukan semestinya 100% bebas racun.




Oleh yang demikian, darah mestilah dikeluarkan dari tubuh haiwan tersebut. Di mana tempat yang paling sesuai untuk dikeluarkan darah haiwan? semua tempat di tubuh haiwan mampu mengeluarkan darah.... Untuk tidak menyeksa binatang dengan kesakitan, kita sembelih dileher, di mana salur darah yang paling dekat dengan jantung. tekanan jantung membuatkan darah lebih cepat keluar dari tempat sembelihan dan haiwan akan segera mati.



Oh, ada yang mencadangkan kalu patahkan leher boleh buatkan haiwan itu mati lebih cepat? memang betul, tapi darahnya tidak keluar. Apabila haiwan mati dengan darah masih dalam tubuh, darah tersebut akan berkumpul dan terperangkap di dalam otot2 dalam tubuh. Walaupun kita masak dengan baik dan lama, darah tu masih berada dalam daging haiwan tersebut.




Oh, ada yang berpendapat kalu masak lama atau masak dengan suhu tinggi boleh selamat? Mana mungkin.... kita sedang bercerita tentang toksik dalam darah bukan kuman dalam darah. Sesetengah toksik tidak bertindak balas apa2 dengan suhu tinggi.


Walau sesedap mana pun daging yang kita masak tu, toksik tetap ada dalam daging... ia akan membawa mudharat kepada kita dalam jangka masa yang panjang.



Contohnya, kerosakan hati, pankreas, buah pinggang.... kalu sakit buah pinggang orang salahkan makan garam lebih, kalu sakit pankreas orang salahkan makan gula lebih, kalu rosak hati orang salahkan terlebih bantai panadol. Walhal, toksik yang kita makan tu adalah 'culprit'.. ewah... speaking pulak...


Kita berbalik kepada nasi ayam yang aku makan kat hypermarket tu.... aku dah pesan dah pada tuan punya kedai tu melalui email dan borang komen pelanggan, tapi tiada maklum balas walaupun tanda terima kasih....


Baru2 ni, aku balik Kuala Terengganu, pekena nasi ayam fast food jugak... ayamnya pun sama.. darah meleleh keluar... ada yang kering tapi dia punya serap dalam daging tu...










Bak kata Nabil... LU PIKIR LA SENDIRI....

Thursday, April 23, 2009

Telefon Buruk


Masa korang kecik2 dulu mesti penah main permainan 'telefon buruk', kan?

Lepas aku accident pada 20th April 2009, aku maklumkan pada rakan2 ofis dan bos berkenaan accident aku dan aku MC 21st April 2009.

Hari ni 22nd April 2009, aku masuk opis dan ramai yang bertanyakan hal aku.

"ko ok tak?"

"sakit tak?"

"macam mana myvi tu boleh langgar ko?"

haaa? myvi langgar aku? bila masa aku cakap myvi langgar aku? clear cut aku tulis dalam sms yang aku dilanggar oleh sebuah motorsikal dan aku terjatuh sliding ke bawah myvi. myvi tu pun tak bergerak ke mana2 sebab trafik lite.. tengah berenti pun. motor tu yang langgar aku tu lari yang tak ape2.... lari jauh siot info yang aku bagi tau.

"aku dengar ko kena langgar dengan myvi. myvi tu calar skit dan ko tak ape2"

Ada satu lagi cerita yang aku maklumkan pada member ofis aku dulu. Cerita yang aku pernah ondway balik dari Teluk Ramunia ke Kuala Lumpur. Atas highway PLUS kat area Pendas Linggi, aku drive sorang2 kul3 pagi. Ada satu lembaga tengah duk kat tepi tingkap sebelah aku ni.. dekat sebelah je... tengah tenung aku... Aku buat tak layan... pastu dia gerak ke depan skit, kat hujung side mirror.. kira dia nak menampakkan diri dia lebih jelas lah... tapi aku tak layan.... sampai tol sungai besi, baru dia hilang....

Sebulan kemudian, cerita aku ni dah pusing 2-3x dah dalam opis ni. Bila sampai cerita tu kat aku balik, cerita tu jadi lagi thrill lah...

"Nas, betul kan ko nampak ada hantu dok tepi tingkap ko masa kul 3 pagi kat highway PLUS? pastu ko buat tak layan kat hantu tu... hantu tu marah dia pegi duk kat belakang boot keta ko siap goyang kaki lagi. sebab ko tak layan dia, dia naik atas bumbung dan sergah ko kat cermin depan, kan?"

ape kebendenya citer jadi macam ni? citer aku simple je... tetiba jadi telenovela pulak....

Tuesday, April 21, 2009

Kemalangan Motorsikal

Sakit kaki aku... kepala aku... badan aku.... dah lama sangat aku tak accident... tapi semalam aku accident pulak. 20th April 2009, aku simpan dalam blog ni elok2 sebab lepas ni aku dah lupa dah... takder hal aku nak ingat sampai bila2.... mengusutkan fikiran aku je....

Ondway balik dari ofis, aku bawak motor aku kat jalan jelatek. biasa lah trafik jam... aku menyusur di celah2 deretan kereta dengan lancar... tengah2 aku bawak motor tu, ada satu perasaan yang nak buat aku brek.... tetiba ada satu motor masuk lane aku dari celah keta tanpa berhenti...

Aku tekan la emergency brek aku... ape kan daya tak sempat.. aku langgar motor tu... motor tu 2 orang... jadi dia lebih stabil.. dia gogeh2 handle dan tak jatuh... aku ni yang jatuh dan sliding masuk bawah myvi.... ada la calar skit myvi tu.. nasib baik tuan punya keta kata takper...

Tapi aku sumpah seranah la motor yang langgar aku tu... dia tak berenti skit pun... cabut macam tu je.... weh dah la 2 orang.. pengecut pulak.... kasi potong la telur ko tu!

Tak serius la aku, cuma calar dan bengkak kaki kanan aku sebab kena hempap motor sendiri. kepala ada senoneng skit... balik umah... pekena speghetti wife aku masak... lewat malam skit baru rasa sakit badan... gi la jupe doktor.. dapat MC satu hari.

Tapi... aku tak serik bawak motor... itulah aku.

Saturday, April 11, 2009

Album Pertama MEET UNCLE SALLEH : The Shutdown



Kini anda boleh dapatkan album hangat terbaru dari MEET UNCLE SALLEH !!! Album yang merangkumi 10 lagu baru dan 3 lagu hits single yang membuatkan anda rasa hidup kembali.
  1. Kepalamu ku hentak spanar
  2. Kakiku di bibirmu
  3. Racun bergula
2 Lagu Bonus :
Bengangku tahap gaban
Mengapa kau membisu (gasket tak ikut spec)


Kumpulan ini ditubuhkan sempena nama seorang safety officer kontraktor di FPSO Bunga Kertas semasa planned shutdown 2009 : Haji Salleh


Planned Shutdown 2009 FPSO Bunga Kertas



Keseronokan, Cabaran, Pengurusan, Kesukaran.... Semua ada dalam operasi shutdown yang aku uruskan pada 7th March 2009 - 19th March 2009.

Kesukarannya, rancangan asal aku berada di offshore hanya dari 7th March 2009 - 14th March 2009 je.. tapi meleret sampai 19th March 2009 disebabkan ada beberapa komplikasi masa shutdown tu. 12 hari aku mengikut ombak ke kiri dan ke kanan... pening tu dah tak dah sebab dah biasa. kalu bot kecik tu mungkin mabuk...

Ada la beberapa gambar yang boleh dikongsikan semasa kat offshore tu.


Macam2 kerenah kontraktor yang ada... tapi shutdown ni tak tough sangat banding dengan platform shutdown sebab kerja banyak dan kontraktor lagi ramai.

Sunday, March 1, 2009

Lawatan ke Karambunai? Aku tak rugi apa-apa....


13th February 2009, adalah tarikh yang ramai staf ofis dok sebut2 sampai sekarang... memang betul2 meninggalkan kesan ke dalam diri masing2. Ada yang asyik mengatakan rugi tak pegi... seronok... macam2 aktiviti....


Pada aku, memang lah seronok bila kita bergerak dan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Tambahan pula inikan bercuti. Aku tengok, gambar2 diorang yang begitu menampakkan yang lawatan tersebut memang seronok...



Kenapa aku tak pergi?


Aku sengaja mengatakan yang aku tak berminat. Dan aku juga berjaya mendapat tanggungjawab sebagai ahli Emergency Response Team, di mana, ahli ERT tak dibenarkan keluar dari kuala lumpur. Jadi, aku gunakan tanggungjawab tersebut sebagai tiket untuk tidak mengikuti lawatan ke Karambunai.


Dalam hati aku ni, sebenarnya tidak lah rasa begitu aman dan selesa kalu aku seronok sorang2, tapi wife aku duk kat umah sorang2. Aku rasa aku takkan gembira kalu aku sorang saja yang bergembira. Aku nakkan apa yang menggembirakan aku, aku kongsi dengan dia.


Majlis berbuka puasa dan majlis rumah terbuka company aku.... aku tolak untuk pergi sebab aku tak nak makan best2 sorang2.... tapi wife aku kat umah makan ape, aku pun tak tau. Kalu aku nak makan best, wife aku pun mesti aku nak dia makan ape yang aku makan.



Tak tau lah... ikut pendapat masing2. Pada aku, itu yang aku rasakan. Ada staf ofis bagitau yang majlis2 dan program2 yang dianjurkan company ni lah sebenarnya bonus untuk staf.... staf yang tak join dianggap melepaskan bonus.... Tak apa lah aku rugi pun.... yang penting, apa yang aku dapat, aku mesti kongsi dengan wife aku.

Saturday, February 21, 2009

Kali Pertama dengan FireFly






"Nas, Carigali panggil kita untuk Planned Shutdown Meeting. Nas boleh pegi ye?"





Kalu Operation Manger (OM) tanya macam tu, takkan nak kata tak boleh pulak... boleh je and prepare semua information berkenaan planned shutdown yang dimaksudkan tu.



Biasanya, aku drive je dengan kereta. Tapi kali ni, OM suruh aku naik FireFly. Huh, kalu aku naik, aku adalah orang pertama dalam company aku yang menggunakan perkhidmatan FireFly.




Flight FireFly dari Subang Airport kul6.30 pagi dan tiba di Kerteh Airport kul7.30 pagi. Sejam perjalanan. Ok lah... sempat breakfast dan prepare... meeting kul9. FireFly unik dia ada kipas... jenis fokker kot. aku pun tak pasti. tapi siapa yang duduk kat seat sebelah injin dia, bising tak ingat...


Ada satu yang lain adalah seat dia 2-2 compare dengan flight lain 3-3... seat luas la skit. Dan FireFly ada beri refreshment pada setiap penumpang satu gelas orange juice & muffin (choc, pisang, vanilla, orange). Compare tu other flight, bagi kacang masin je... hehehe...


Meeting habis kul4.30... sempat la sesangat nak check in balik kul6.. flight kul6.20, tiba di subang kul7.20.... ok je.. badan tak penat drive.





lain kali, boleh la naik firefly lagi....








Tuesday, February 17, 2009

14 hari sebagai papa...

Dah 3 minggu berlalu... amin pulang ke pangkuan ayahnya. Tapi aku puas... aku rasa indah... aku rasa bahagia. Sejak 3 tahun kami berkahwin, aku setiap masa mempunyai perasaan untuk menjadi seorang ayah. Tapi ini adalah dugaan yang aku dan isteriku perlu hadapi... belum dikehendaki Allah untuk kami menimang cahaya mata sendiri.

Tapi Amin datang ke dalam rumah kami, masuk ke dalam hidup kami... rumah kami jadi bising... hampir seluruh rumah kedengaran suaranya. Menangis manja yang inginkan perhatian. Dengan umur 1 tahun 11 bulan, macam2 perkara yang ingin diterokainya.

Setiap hari aku rasa tak sabar2 nak pulang dari kerja semata2 nak bermain dengan Amin. Petang2, ajak Amin berjalan2 kat padang. Seronok tengok dia berlari2. Satu hari, aku rasa aku nak belikan bola kecik untuk dia... suka betul dia... tak nak lepas bola dia tu. Lagi aku belikan set badminton untuk kanak2... murah je RM4.50 untuk 2 raket dan satu bulu tangkis. Kelakar tengok dia mula nak belajar tendang bola, pukul bola...

Setiap malam, Amin akan tido di antara aku dan isteriku. Buas betul dia tido, kalih sini, kalih sana... tendang aku... aku terjaga dan senyum. Setiap pukul 3 pagi, Amin akan terjaga... aku bangun buatkan susu. Di peringkat awal macam ni, bangun pagi2 pun tak kisah... kena tendang Amin pun rasa indah.

Hujung minggu, kami bawa dia jalan2 kat Sunway Piramid. Suka tengok Amin, dia boleh bagi kami 2 pilihan, sama ada dia nak jalan sendiri tak mau pimpin atau dia nak dukung. Dukung pun dukung lah... aku suka... aku bahagia.

Cukup 14 hari, Amin pulang ke ayahnya. Rumah ni rasa sunyi kembali... seperti sediakala... tapi memori indah ini aku kekalkan dalam ingatan aku.

Monday, January 26, 2009

Apa Tengok2??.... Tak Pernah Tengok Orang Timbang Berat Badan ke?

Setiap hari aku mencatat pemakanan aku untuk membuat rekod apa yang aku makan dalam masa satu hari. Aku rasa tertekan bila setiap kali aku timbang berat badan aku.... masih belum berada di tahap yang diingini.... mana taknya.. aku harapkan untuk 60kg, tapi sekarang 98 kg...!

Dulu aku ada penimbang berat badan aku sendiri kat umah... tapi sekarang penimbang tu dah rosak. Hasrat aku untuk beli lagi berkubur macam tu saje, ini adalah kerana satu hari, aku pergi ke sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah. Aku pegi ke rak barang yang diletakkan penimbang berat badan yang untuk di jual.

Ada macam2 harga dan jenama yang ada... aku amik yang RM9.99, aku cuba timbang berat badan aku... hmmm... 92kg! eh? betul ke ni? lepas timbang tu rasa macam nak pegi beli Dunkin' Donut plak... hehehe...

Aku cuba jenama yang berharga RM39.90 plak... huh? 96.5kg!!! kenapa jadi lan plak? hilang mood nak beli Dunkin' Donut.... Aku keluarkan penimbang kaca elektronik plak RM79.90... bateri tak disediakan... tapi takper... aku dah siap dengan kes2 macam ni.. aku dah siap bawak bateri dari rumah... aku try timbang... 98 kg???? mana satu yang betul ni?




Aku simpan dulu dan keluar dari pasaraya tu.... kat luar pasaraya tu, aku nampak ada penimbang berat badan yang kena masuk doposen tu (RM0.20). Aku cuba timbang... 101.2???? lagi giler! aku nak percaya pada penimbang mana satu ni?




Sejak dari hari tu, aku berkeputusan untuk guna penimbang yang kena bayar doposen tu... takper.. ape sangat doposen sehari. Setiap hari aku balik keje, aku singgah pasaraya tu kejap untuk timbang berat badan aku untuk dicatat dalam buku nota.


Ada dekat seminggu jugak aku berterusan guna mesin penimbang yang satu tu.... tapi ada satu hal pulak yang tak best tu.... mesin penimbang tu bersebelahan dengan kedai pakaian. Satu hari tu, masa aku nak timbang, aku terperasan ada sorang awek yang tak berapa nak cun tu senyum2... dah la senyum.. siap siku member dia tu nak bagi tau yang aku nak timbang.... aku rasa diorang dah ushar aku sejak seminggu lepas lah... adeh, malu pun ada gak. Keesokkan harinya, aku nak timbang lagi. Lagi sadis, hari ni aku perasan awek tu siap terkinja2 panggil member dia nak tengok aku timbang.... pulak tu siap ada 3 orang member dia yang layan dia berlari2 datang kat awek tu semata2 nak tengok aku timbang... ni kes aniaya ni....




Sejak hari tu, aku timbang selang 3 hari.... malunya masih terkesan kat muka ni.... adeh.

Sunday, January 25, 2009

To Leave Or Not To Leave

Hati rasa berat... aku tahu kenapa hati ini rasa semacam je. Bukan lama sangat aku kerja kat sini, tapi makin ramai yang mula keluar dari sini.

Hati aku menekan akal untuk berfikir secara waras. Patutkah aku meninggalkan juga syarikat ni?

Kalu korang rujuk pada artikel yang aku salin dalam blog ini pada July 2008, ramai orang tinggalkan syarikat kerana mempunyai bos yang tak disenangi. Tapi bos aku tak teruk mana, malah bos aku sangat baik.

Persekitaran ofis aku sangat baik, sangat selesa dan sangat memberi semangat untuk terus memberi khidmat. aku tak rasa untuk tinggalkan syarikat sehingga aku nampak makin ramai tinggalkan syarikat termasuk kawan aku yang aku tarik masuk sini.

Hati aku mempersoalkan adakah gaji yang aku dapat setiap bulan ni cukup? Adakah orang yang tinggalkan syarikat ni sebab gaji diorang tak cukup?

Dulu masa aku apply nak join syarikat ni, aku tak kesah pun berapa banyak gaji yang aku dapat.

Dalam hati aku, "Takperlah, asalkan boleh keje dalam syarikat ni pun dah kira ok dah"

Tapi sekarang, aku kena fikirkan sedalam-dalamnya.... adakah perlu aku mula cari syarikat lain yang boleh support aku dari segi gaji yang sepatutnya?