Tuesday, April 21, 2009

Kemalangan Motorsikal

Sakit kaki aku... kepala aku... badan aku.... dah lama sangat aku tak accident... tapi semalam aku accident pulak. 20th April 2009, aku simpan dalam blog ni elok2 sebab lepas ni aku dah lupa dah... takder hal aku nak ingat sampai bila2.... mengusutkan fikiran aku je....

Ondway balik dari ofis, aku bawak motor aku kat jalan jelatek. biasa lah trafik jam... aku menyusur di celah2 deretan kereta dengan lancar... tengah2 aku bawak motor tu, ada satu perasaan yang nak buat aku brek.... tetiba ada satu motor masuk lane aku dari celah keta tanpa berhenti...

Aku tekan la emergency brek aku... ape kan daya tak sempat.. aku langgar motor tu... motor tu 2 orang... jadi dia lebih stabil.. dia gogeh2 handle dan tak jatuh... aku ni yang jatuh dan sliding masuk bawah myvi.... ada la calar skit myvi tu.. nasib baik tuan punya keta kata takper...

Tapi aku sumpah seranah la motor yang langgar aku tu... dia tak berenti skit pun... cabut macam tu je.... weh dah la 2 orang.. pengecut pulak.... kasi potong la telur ko tu!

Tak serius la aku, cuma calar dan bengkak kaki kanan aku sebab kena hempap motor sendiri. kepala ada senoneng skit... balik umah... pekena speghetti wife aku masak... lewat malam skit baru rasa sakit badan... gi la jupe doktor.. dapat MC satu hari.

Tapi... aku tak serik bawak motor... itulah aku.

Saturday, April 11, 2009

Album Pertama MEET UNCLE SALLEH : The Shutdown



Kini anda boleh dapatkan album hangat terbaru dari MEET UNCLE SALLEH !!! Album yang merangkumi 10 lagu baru dan 3 lagu hits single yang membuatkan anda rasa hidup kembali.
  1. Kepalamu ku hentak spanar
  2. Kakiku di bibirmu
  3. Racun bergula
2 Lagu Bonus :
Bengangku tahap gaban
Mengapa kau membisu (gasket tak ikut spec)


Kumpulan ini ditubuhkan sempena nama seorang safety officer kontraktor di FPSO Bunga Kertas semasa planned shutdown 2009 : Haji Salleh


Planned Shutdown 2009 FPSO Bunga Kertas



Keseronokan, Cabaran, Pengurusan, Kesukaran.... Semua ada dalam operasi shutdown yang aku uruskan pada 7th March 2009 - 19th March 2009.

Kesukarannya, rancangan asal aku berada di offshore hanya dari 7th March 2009 - 14th March 2009 je.. tapi meleret sampai 19th March 2009 disebabkan ada beberapa komplikasi masa shutdown tu. 12 hari aku mengikut ombak ke kiri dan ke kanan... pening tu dah tak dah sebab dah biasa. kalu bot kecik tu mungkin mabuk...

Ada la beberapa gambar yang boleh dikongsikan semasa kat offshore tu.


Macam2 kerenah kontraktor yang ada... tapi shutdown ni tak tough sangat banding dengan platform shutdown sebab kerja banyak dan kontraktor lagi ramai.

Sunday, March 1, 2009

Lawatan ke Karambunai? Aku tak rugi apa-apa....


13th February 2009, adalah tarikh yang ramai staf ofis dok sebut2 sampai sekarang... memang betul2 meninggalkan kesan ke dalam diri masing2. Ada yang asyik mengatakan rugi tak pegi... seronok... macam2 aktiviti....


Pada aku, memang lah seronok bila kita bergerak dan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Tambahan pula inikan bercuti. Aku tengok, gambar2 diorang yang begitu menampakkan yang lawatan tersebut memang seronok...



Kenapa aku tak pergi?


Aku sengaja mengatakan yang aku tak berminat. Dan aku juga berjaya mendapat tanggungjawab sebagai ahli Emergency Response Team, di mana, ahli ERT tak dibenarkan keluar dari kuala lumpur. Jadi, aku gunakan tanggungjawab tersebut sebagai tiket untuk tidak mengikuti lawatan ke Karambunai.


Dalam hati aku ni, sebenarnya tidak lah rasa begitu aman dan selesa kalu aku seronok sorang2, tapi wife aku duk kat umah sorang2. Aku rasa aku takkan gembira kalu aku sorang saja yang bergembira. Aku nakkan apa yang menggembirakan aku, aku kongsi dengan dia.


Majlis berbuka puasa dan majlis rumah terbuka company aku.... aku tolak untuk pergi sebab aku tak nak makan best2 sorang2.... tapi wife aku kat umah makan ape, aku pun tak tau. Kalu aku nak makan best, wife aku pun mesti aku nak dia makan ape yang aku makan.



Tak tau lah... ikut pendapat masing2. Pada aku, itu yang aku rasakan. Ada staf ofis bagitau yang majlis2 dan program2 yang dianjurkan company ni lah sebenarnya bonus untuk staf.... staf yang tak join dianggap melepaskan bonus.... Tak apa lah aku rugi pun.... yang penting, apa yang aku dapat, aku mesti kongsi dengan wife aku.

Saturday, February 21, 2009

Kali Pertama dengan FireFly






"Nas, Carigali panggil kita untuk Planned Shutdown Meeting. Nas boleh pegi ye?"





Kalu Operation Manger (OM) tanya macam tu, takkan nak kata tak boleh pulak... boleh je and prepare semua information berkenaan planned shutdown yang dimaksudkan tu.



Biasanya, aku drive je dengan kereta. Tapi kali ni, OM suruh aku naik FireFly. Huh, kalu aku naik, aku adalah orang pertama dalam company aku yang menggunakan perkhidmatan FireFly.




Flight FireFly dari Subang Airport kul6.30 pagi dan tiba di Kerteh Airport kul7.30 pagi. Sejam perjalanan. Ok lah... sempat breakfast dan prepare... meeting kul9. FireFly unik dia ada kipas... jenis fokker kot. aku pun tak pasti. tapi siapa yang duduk kat seat sebelah injin dia, bising tak ingat...


Ada satu yang lain adalah seat dia 2-2 compare dengan flight lain 3-3... seat luas la skit. Dan FireFly ada beri refreshment pada setiap penumpang satu gelas orange juice & muffin (choc, pisang, vanilla, orange). Compare tu other flight, bagi kacang masin je... hehehe...


Meeting habis kul4.30... sempat la sesangat nak check in balik kul6.. flight kul6.20, tiba di subang kul7.20.... ok je.. badan tak penat drive.





lain kali, boleh la naik firefly lagi....








Tuesday, February 17, 2009

14 hari sebagai papa...

Dah 3 minggu berlalu... amin pulang ke pangkuan ayahnya. Tapi aku puas... aku rasa indah... aku rasa bahagia. Sejak 3 tahun kami berkahwin, aku setiap masa mempunyai perasaan untuk menjadi seorang ayah. Tapi ini adalah dugaan yang aku dan isteriku perlu hadapi... belum dikehendaki Allah untuk kami menimang cahaya mata sendiri.

Tapi Amin datang ke dalam rumah kami, masuk ke dalam hidup kami... rumah kami jadi bising... hampir seluruh rumah kedengaran suaranya. Menangis manja yang inginkan perhatian. Dengan umur 1 tahun 11 bulan, macam2 perkara yang ingin diterokainya.

Setiap hari aku rasa tak sabar2 nak pulang dari kerja semata2 nak bermain dengan Amin. Petang2, ajak Amin berjalan2 kat padang. Seronok tengok dia berlari2. Satu hari, aku rasa aku nak belikan bola kecik untuk dia... suka betul dia... tak nak lepas bola dia tu. Lagi aku belikan set badminton untuk kanak2... murah je RM4.50 untuk 2 raket dan satu bulu tangkis. Kelakar tengok dia mula nak belajar tendang bola, pukul bola...

Setiap malam, Amin akan tido di antara aku dan isteriku. Buas betul dia tido, kalih sini, kalih sana... tendang aku... aku terjaga dan senyum. Setiap pukul 3 pagi, Amin akan terjaga... aku bangun buatkan susu. Di peringkat awal macam ni, bangun pagi2 pun tak kisah... kena tendang Amin pun rasa indah.

Hujung minggu, kami bawa dia jalan2 kat Sunway Piramid. Suka tengok Amin, dia boleh bagi kami 2 pilihan, sama ada dia nak jalan sendiri tak mau pimpin atau dia nak dukung. Dukung pun dukung lah... aku suka... aku bahagia.

Cukup 14 hari, Amin pulang ke ayahnya. Rumah ni rasa sunyi kembali... seperti sediakala... tapi memori indah ini aku kekalkan dalam ingatan aku.

Monday, January 26, 2009

Apa Tengok2??.... Tak Pernah Tengok Orang Timbang Berat Badan ke?

Setiap hari aku mencatat pemakanan aku untuk membuat rekod apa yang aku makan dalam masa satu hari. Aku rasa tertekan bila setiap kali aku timbang berat badan aku.... masih belum berada di tahap yang diingini.... mana taknya.. aku harapkan untuk 60kg, tapi sekarang 98 kg...!

Dulu aku ada penimbang berat badan aku sendiri kat umah... tapi sekarang penimbang tu dah rosak. Hasrat aku untuk beli lagi berkubur macam tu saje, ini adalah kerana satu hari, aku pergi ke sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah. Aku pegi ke rak barang yang diletakkan penimbang berat badan yang untuk di jual.

Ada macam2 harga dan jenama yang ada... aku amik yang RM9.99, aku cuba timbang berat badan aku... hmmm... 92kg! eh? betul ke ni? lepas timbang tu rasa macam nak pegi beli Dunkin' Donut plak... hehehe...

Aku cuba jenama yang berharga RM39.90 plak... huh? 96.5kg!!! kenapa jadi lan plak? hilang mood nak beli Dunkin' Donut.... Aku keluarkan penimbang kaca elektronik plak RM79.90... bateri tak disediakan... tapi takper... aku dah siap dengan kes2 macam ni.. aku dah siap bawak bateri dari rumah... aku try timbang... 98 kg???? mana satu yang betul ni?




Aku simpan dulu dan keluar dari pasaraya tu.... kat luar pasaraya tu, aku nampak ada penimbang berat badan yang kena masuk doposen tu (RM0.20). Aku cuba timbang... 101.2???? lagi giler! aku nak percaya pada penimbang mana satu ni?




Sejak dari hari tu, aku berkeputusan untuk guna penimbang yang kena bayar doposen tu... takper.. ape sangat doposen sehari. Setiap hari aku balik keje, aku singgah pasaraya tu kejap untuk timbang berat badan aku untuk dicatat dalam buku nota.


Ada dekat seminggu jugak aku berterusan guna mesin penimbang yang satu tu.... tapi ada satu hal pulak yang tak best tu.... mesin penimbang tu bersebelahan dengan kedai pakaian. Satu hari tu, masa aku nak timbang, aku terperasan ada sorang awek yang tak berapa nak cun tu senyum2... dah la senyum.. siap siku member dia tu nak bagi tau yang aku nak timbang.... aku rasa diorang dah ushar aku sejak seminggu lepas lah... adeh, malu pun ada gak. Keesokkan harinya, aku nak timbang lagi. Lagi sadis, hari ni aku perasan awek tu siap terkinja2 panggil member dia nak tengok aku timbang.... pulak tu siap ada 3 orang member dia yang layan dia berlari2 datang kat awek tu semata2 nak tengok aku timbang... ni kes aniaya ni....




Sejak hari tu, aku timbang selang 3 hari.... malunya masih terkesan kat muka ni.... adeh.

Sunday, January 25, 2009

To Leave Or Not To Leave

Hati rasa berat... aku tahu kenapa hati ini rasa semacam je. Bukan lama sangat aku kerja kat sini, tapi makin ramai yang mula keluar dari sini.

Hati aku menekan akal untuk berfikir secara waras. Patutkah aku meninggalkan juga syarikat ni?

Kalu korang rujuk pada artikel yang aku salin dalam blog ini pada July 2008, ramai orang tinggalkan syarikat kerana mempunyai bos yang tak disenangi. Tapi bos aku tak teruk mana, malah bos aku sangat baik.

Persekitaran ofis aku sangat baik, sangat selesa dan sangat memberi semangat untuk terus memberi khidmat. aku tak rasa untuk tinggalkan syarikat sehingga aku nampak makin ramai tinggalkan syarikat termasuk kawan aku yang aku tarik masuk sini.

Hati aku mempersoalkan adakah gaji yang aku dapat setiap bulan ni cukup? Adakah orang yang tinggalkan syarikat ni sebab gaji diorang tak cukup?

Dulu masa aku apply nak join syarikat ni, aku tak kesah pun berapa banyak gaji yang aku dapat.

Dalam hati aku, "Takperlah, asalkan boleh keje dalam syarikat ni pun dah kira ok dah"

Tapi sekarang, aku kena fikirkan sedalam-dalamnya.... adakah perlu aku mula cari syarikat lain yang boleh support aku dari segi gaji yang sepatutnya?

Thursday, December 25, 2008

Tahniah! Anda lulus....BOSET refresher

Bagai satu penyeksaan bagi aku yang tak pandai berenang...



3 tahun dulu, aku dah buat training ni dan setiap 3 tahun kena refresh training. Aduuuhhhh.... kenapa lah aku ni tak pandai berenang... dalam set of training tu ada 5 module:


  1. Fire Fighting
  2. Sea Survival
  3. Basic Life Support Techniques
  4. Helicopter Underwater Evacuation Training (HUET)
  5. Emergency Breathing System (EBS)


Kalu takat fire fighting tu, pada aku mudah. Yang tak mudah nyer yang melibatkan air.... kusut betul....



masa training EBS tu, banyak kali aku cuba tapi tetap tak dapat2.... alat yang dipakai tu macam scuba diving punya equipment. tahap panic tinggi & level of confidence rendah.... buat aku jadi orang yang terakhir buat HUET + EBS.



Kalu aku tak buat, aku tak dapat nak renew Offshore Safety Passport aku... Gambar2 yang aku tunjukkan ni adalah contoh situasi aku masa training tu... aku tak sempat untuk minta diorang amik gambo aku....











Thursday, December 4, 2008

"Siapa nak dia? Muka macam beruk!"

Apa itu mumayiz?

Mumayiz adalah sifat seseorang yang telah dapat membezakan antara perkara baik dan buruk.

Aku teringat dulu2 zaman aku budak2 dulu kira2 dalam umur 8 tahun (1989). Waktu tu zaman sekolah rendah yang masing2 dah mula ada rasa perasaan suka pada jantina yang berlainan. Aku pun tak terkecuali lah.

Kalu dapat satu surat, confirm surat dari secret admire... masing2 dok citer dengan member2 yang awek dia cun. Keje aku... mendengar kemegahan diorang.



Eh... aku pun takkan nak dok diam je... aku mesti nak sorang jugak awek... tapi siapa la nak kat aku ni ye? hmmm.... Nak dijadikan cerita, dalam kelas aku ni ada sorang awek... fuh.. cun la... baru balik dari England, ikut family. Korang mesti dapat bayangkan la kulit dia confirm putih kemerahan punya... sana kan sejuk... kalu aku cakap kulit dia gelap kang, korang kata awek tu baru balik dari Afrika.




Macam citer2 Melayu la... bila sorang awek cun, geng2 dia yang lain mesti tak cun. Kalu diorang jalan ramai2 mesti nampak la dia yang lawa sekali. huh.... satu hari, aku dengar dia dok cakap2 dengan member2 dia kat kantin sekolah...


"Eh, Anas tu handsome lah... aku chop dia ye... korang jangan rampas dia."

Aku punya la senyum lebar... muahahaha... ada jugak yang suka kat aku ni... hmmm ni yang sedap nak citer kat orang ni... boleh la balas kat diorang yang suker bercerita... kasi nganga.




Satu hari tu, cikgu tak masuk lagi. Diorang dah start buka citer awek. Aku pun kasi intro yang aku suka kat awek tu. Member aku gelak besar!




"Weh, aku tak percaya. Jap aku pegi tanya sendiri."

"Eh, tak payah lah, weh.... weh... weh!"

Aduh... dia pegi tanya jugak...

.... Member aku balik... makin gelak besar dia!

"Ko tau tak ape dia cakap pasal ko?" member aku bagi suspen...

"Ape dia?" aku gabra...
"SIAPA NAK DIA? MUKA MACAK BERUK!!!!"

Malu yang amat! Rupanya, Anas yang dia suka tu Anas darjah 3... aku ni darjah 2. kenapa la aku tak ingat yang aku ni BULAT! muka bulat, badan bulat... semua bulat lah! Siap pakai seluar atas pusat! Nerd beb...


Itu lah kalu korang dengar aku ni dok sebut yang aku ni 'KACAK' bukan sebab ape... sebab sampai sekarang masih terngiang2 kata2 tu... mana boleh lupa beb!