Cuaca cukup panas... musim tak menentu. Ada kalanya petang hujan dan ada kalanya petang panas yang amat. Tapi aku dalam ofis tak terasa apa yang berlaku di luar. Yang terasa kedinginan air-cond dan kehangatan isu2 dan konflik2 dalam ofis ni.
Jari-jemari sibuk menekan keyboard untuk membalas email client dan kontraktor. Dalam kepala ni dah tak ada perkara lain. Selagi belum tutup mata, keje-keje-keje...
Di tengah kesibukan keje, tiba2 handphone aku berbunyi... paparan menunjukkan nama pemanggil....
"Ayah?", bertanya sendiri.
"Ada apa ayah call ni?", hatiku juga bertanya.
Dengan segala pertanyaan, aku jawab juga.
"Assalamu'alaikum, ayah."
"Wa'alaikumussalam. Anas di tempat kerja ke?"
"Iyer ayah. kenapa ayah telefon?"
"Ayah saje telefon. Handphone ni ada kat tangan. Dari tak buat apa2, baik call. Anas sihat?"
"Sihat, ayah. Ayah sihat?"
"Alhamdulillah. Maaflah ganggu Anas waktu keje ni."
"Oh, takper Ayah, kebetulan Anas tak banyak keje", jawabku dengan serta merta berhenti dari buat semua keje.
Perbualanku tak lama. Aku kirim salam pada emak dan akan biarkan ayah meletakkan telefon dahulu. Aku termenung sejenak, fikirkan ayah call waktu2 macam ni... terus terlintas di fikiran aku yang tahu ayah sedang merasa sunyi... hanya berdua dengan mak di johor bahru. Anak2 dah merantau jauh keluar dari Johor Bahru.
Aku cukup kenal ayah, seorang yang tegas, kuat egonya dan amat suka bersendiri. Tapi, dari sikap yang suka bersendiri, aku tahu yang dia sedang rindukan anak2nya.... di mana hilai tawa anak2 yang meriuhkan suasana rumah... kini sunyi hanya berdua sahaja.... Air mata aku bergenang kerana aku pun turut merindui mak dan ayah.
Esoknya, ayah call lagi...
"Anas tengah buat apa? Aiman tu nak balik ke johor. Tapi ayah rasa aiman akan rasa bosan di rumah ni sebab rumah ni cuma ada mak dan ayah. Mungkin aiman boleh tinggal di rumah anas sampai habis cuti dia. Anas pandai buat kelakar, aiman mesti suka."
Hati aku tersentuh dari ayat ayah, sememangnya ayah amat merindui anak2 nya. Ayah tak pernah sentuh hal aku suka buat kelakar di rumah. Dulu, waktu semua anak2 tinggal bersama, aku pernah kena marah kerana terlalu bising dalam rumah. Kini, jelas ayah rindukan saat2 tu. Aku tak tertahan menangis kerana aku pun terlalu rindukan mereka. Dah sebulan setengah kami tak berjumpa.
Setiap kali sembahyang, doa aku untuk kesejahteraan mak dan ayah tak pernah putus. Aku tak akan lupa untuk berdoa kerana.... aku sayang pada mereka.
1 comment:
Waaaaaa sikit lagi nk jatuh dah air mata ni baca entri ni. Sib baik mmg plan nak blk kg esok. Huhu.
Post a Comment