Tuesday, July 22, 2008

CONTRACT EMPLOYMENT

"En. Kacak, saya minta maaf. Berdasarkan rekod awak sepanjang setahun berada di syarikat ini, saya dapati anda mempunyai hanya satu masalah. Berat badan awak tinggi sangat. Oleh yang demikian, pihak kami hanya boleh memberi kamu sambungan kontrak bekerja di sini selama setahun lagi. Jika pada 31st July 2009, kamu masih lagi tidak dapat menurunkan berat badan ke tahap BMI bawah 35, pihak kami tidak dapat menyambung kontrak kamu ataupun menukar kamu menjadi pekerja tetap dalam syarikat ini. Harap En. Kacak maklum dengan hal ini."
Aku keluar dari bilik HR manager dengan perasaan hampa walaupun aku senyum je sepanjang perjalanan keluar.... tapi apakan daya... aku terlalu gemuk.. gemuk sangat... syarikat yang aku kerja ni nakkan orang yang slim.... orang yang segak... orang yang .... senang cerita yang tak GEMOK GEDEMPOL lah...
aku terima je lah sambungan kontrak yang di beri... gaji sama.. tak naik... kecewa tu ada jugak... tapi nak buat macam mana... kontrak aku mula 1st August 2008 - 31st July 2009.
So, kawan2... marilah ikuti program melangsingkan badan aku, En. Kacak!.

No comments: