Tahun ni aku rasa hambar.... takder semangat...
Takder ape yang boleh digambarkan betapa hambarnya sambutan kemerdekaan tahun 2009 ni. apa yang ku nampak, hanya lah suasana biasa seperti bulan2 yang lain. Amat kurang kibaran Jalur Gemilang sama ada di rumah ataupun di kenderaan2.
Apa agaknya yang bermain di fikiran masyarakat Malaysia sekarang? Kalu dulu setiap rumah berlumba2 memasang Jalur Gemilang di pagar rumah, siapa yang paling besar, siapa yang paling tinggi. di kebanyakan kenderaan di gantung pelbagai saiz bendera. suatu senario yang mengujakan. seolah2 perasaan bangga menjadi warga Malaysia.
Apa yang berlaku sekarang, rakyat Malaysia sedang menguatkan parti politik masing2. bendera parti digantung melebihi Jalur Gemilang. di pasaraya banyak juga jual Jalur gemilang, tapi amat kurang yang beli. macam tahun lepas, semangat pun kurang juga sehinggakan kerajaan terpaksa beri bendera percuma kepada pengguna jalan raya. bendera diagihkan di tol-tol lebuhraya.
syarikat2 swasta patut beri sokongan dalam hal membangkitkan semangat kewarganegaraan ni. Seperti contoh mengadakan pertandingan hotspot kenderaan yang kreatif mempamerkan Jalur Gemilang di kenderaan dan rumah bertuah untuk kreativiti untuk bendera terunik.
apa2hal pun, kita kena ambil tindakan dengan memberi sokongan untuk menaikkan semangat kenegaraan.
Sunday, August 30, 2009
Thursday, August 27, 2009
Bulan Ramadhan, bulan berjimat?

Bulan Ramadhan datang lagi... tup tup tup dah setahun dah... cepat betul. Ramai orang memberi pelbagai reaksi dan persepsi dalam suasana menyambut bulan yang mulia ni. Ada yang gembira dan ada juga yang mengeluh. Ada mungkin yang mengeluh ni kerana pekerjaan yang diorang kerjakan sekarang memerlukan tenaga yang banyak dan meletihkan. namun, jika di sudut positifnya, ia merupakan dugaan yang mesti juga di lalui.
Pada aku pula, dari sudut agama sememangnya menantikan bulan ganjaran berganda dan amalan harian diperhebat dengan zikir2 dan bacaan Al-Quran.
Dari segi duniawi ni, aku menampakkan keseronokan untuk aku terima pelawaan kawan-kawan vendor untuk berbuka puasa. Fuh.. best benar buka puasa kat hotel ni... dalam organiser aku nih dah prepare nak terima pelawaan nih... Kurma pun tak kurang banyaknyer... sekarang ni dah 6 kotak kurma dah aku dapat.... macam2 jenis kurma dah.
Dari segi jimat cermatnya.... korang boleh baca artikel aku untuk bulan Ramadha
n tahun lepas http://anas-kacak.blogspot.com/2008/10/bulan-berjimat-cermat-ramadhan-atau.html. Aku tak rasa macam bulan berjimat cermat pun. sorang tangan penuh dengan plastik bungkusan pelbagai jenis makanan. agaknya korang pun macam tu ke?
aku? setakat ni, aku baru pegi sekali je pasar ramadhan, itu pun sebab nak beli air buah dengan kuih bakar... itu pun... jumlah RM7.. mahalnyer! aku buka puasa dengan wife aku kat umah je... wife aku masak. sekali masak terus untuk sahur sekali.
harap kita berjaya lah berjimat di bulan Ramadhan ni. takut2 akhir Ramadhan ni macam2 nak beli... langsir la sarung kusyen la... katil baru la... huhuhu...
Saturday, August 15, 2009
Clubbing da best!
Di saat2 genting untuk waktu aku hantar assignment kursus aku ni, kepala aku memang tak berhenti memikirkan keadaan sekarang yang penuh dengan pengaruh media.Ada sesetengah orang berpendapat aku ni sempit fikiran... tak open minded dengan perubahan zaman sekarang. Tapi, aku rasa tidak perlu kita merubah diri kita dengan terlalu drastik sehingga kita ketepi kan agama kita. Sedangkan agama kita jelas memberi panduan dan hala tuju untuk memandu kehidupan kita. kenapa kita perlu ketepikan panduan?
Korang perasan tak? iklan2 yang ditayangkan di kaca tv sekarang memaparkan beberapa produk yang bersituasikan kelab malam, disko atau pub. Seperti contoh, iklan cumalah produk gel rambut, tapi memaparkan betapa indahnya jika kita berada di kelab malam, boleh menari2 dan berhibur.
Produk ape lagi? produk handphone berteknologi tinggi? dengan music boleh kita adakan majlis tari menari, bergaul bebas lelaki perempuan dengan pakaian yang ala 'zaman sekarang'.
Produk ape lagi? air minuman dalam tin... dalam lif pun boleh jadi disko.
Tidakkah ini sebagai penggalak kepada orang2 muda sekarang untuk lebih kerap ke kelab malam? dan yang tak pernah ke kelab malam akan rasa ingin cuba ke sana. Dan dari kelab malam itulah terjadinya pelbagai kemungkinan...
Yang tidak pernah merokok akan cuba merokok,
Yang tidak pernah merasa arak akan cuba walau setitis,
Yang tidak pernah bermesra dengan perempuan akan cuba merapati mereka,
Yang tidak pernah mencuba ecstasy akan tewas juga,
Yang tidak pernah berzina akan pasti ketagih dengannya,
Persoalan... adakah aku sendiri pernah ke kelab malam?
Jawapan.... tidak pernah. Aku lebih cuba untuk tidak pergi daripada aku pergi untuk ingin tahu.
Akan ada orang yang menangkis pandangan aku, tapi lambat laun akan terjebak juga dan sekurang-kurangnya kita bersubahat dengan mereka yang melakukannya.
Tuesday, August 11, 2009
Kencing Berdiri?

Guys, aku minta maaf lah sebab terlalu lama tak update blog ni. Almaklumlah, aku tengah sambung belajar sekarang kan... assignment semester ni je dah 4 sets.... ada lagi 2 subjek lagi tak bagi assignment... aku budget total assignment aku semester ni ada lah 6 sets.
Cerita nya kali ni, aku sebenarnya malu... malu nak guna tandas kencing tu. Aku tengok kawan2 aku ramai yang pakai tandas tu. Korang pun mungkin salah sorang daripada mereka. Tandas tu nampak simple je, mangkuk yang memuatkan kedudukan supaya tak la orang lain nampak 'ton-ton' ko je.
Dulu aku pernah pakai, tapi aku memang la tak reti nak pakai mangkuk tandas tu. Aku buka zip seluar & kancing.... seluar aku sampai terlondeh2... dah glamor aku satu sekolah tau hari ni aku pakai seluar dalam warna ape. lepas tu memang aku dah tak pakai dah mangkuk tu.
Masa kerja ni pulak, kawan2 sekerja aku guna mangkuk tu... aku perhati, diorang cuma buka zip seluar je... huh, korang bayang kan sejak aku mula2 dulu guna mangkuk tu sampai hari aku tengok member aku tu guna menjumlahkan 18 tahun aku tak tau nak guna macam mana... almaklumlah, kat tandas pasaraya, tak kuasa aku nak tengok orang kencing berdiri tu. hehehehe...

Nak cuba pakai, segan sendiri. Nak jadikan cerita, satu hari aku masuk tandas kat opis aku dan takder orang lain. Heh Heh Heh, cuba lah. Step 1: berdiri kuda2, Step 2: buka zip, Step 3: TEMBAK!
Gembira bukan kepalang sebab dah tau cara pakai.
Tapi, aku perasan, macam ada air merecik2 plak... korang mesti geli... tapi aku rasa air kencing aku merecik lah.... semua tempat dalam mangkuk tandas tu aku dah tembak tapi tetap merecik. air recikan tu halus sangat.... aku dah mula risau.... macam mana aku nak solat ni? baju & seluar dah kena recikan.... payah la....
Korang yang guna mangkuk tu tak rasa ke air kencing korang merecik? ke aku masih tak pandai pakai mangkuk tu lagi?
Aku ada baca artikel yang habit kencing berdiri boleh menggalakkan penyakit batu karang di salur kencing. dan MEMANG AKU DAH KENA DAH PUN. Korang? bila lagi?
Untuk menjamin kebersihan pakaian untuk di bawa sembahyang, aku sarankan, korang jangan la guna tandas berdiri tu... guna la toilet biasa... kadar recikan pun hampir tiada dan kalu boleh, seluar tu korang sinsing kan ke paras lutut.... lebih menjamin kebersihan.
wokekeh. aku nak sambung buat assignment ni.
Tuesday, July 21, 2009
Jerebu Mengganas di Kuala Lumpur

Aku merupakan salah seorang mangsa jerebu di Kuala Lumpur sekarang.... langit kelabu2 je... nampak tak nampak je... Sabtu lepas 18th Julai 2009, aku naik moto ke kelas. Bau udara di pagi hari pun macam bau asap bas & lori... padahal takder bas & lori pun sepanjang perjalanan aku.
Aku mula rasa perit tekak... batuk... sesak nafas. Tahan dulu... skit je ni. Tapi, sikit2 lama2 jadi lelah...
Memang pelek yang aku tak pernah ada asthma 20th Julai 2009 aku pegi klinik. Nafas aku sesak sangat. Masa dalam klinik, ramai juga yang batuk2. Bila nurse panggil nama aku, aku masuk bilik doktor. Doktor siap pakai mask tu. Nak terasa hati, bukan salah dia pun. Sekarang ni kan tengah hangat kes selsema babi.
Aku sarankan, bukan saja yang naik moto, yang jalan kaki pun kena pakai topeng la... aku sekarang dah seminggu masih lagi batuk. Naik moto wajib ada topeng... alah.. bukan mahal pun, pegi farmasi mana2, beli mask RM1 je.
Saturday, July 18, 2009
Mengaji Selangkah Lagi...

"Tahniah anda telah berjaya dalam permohonan anda untuk kursus Sarjana Pengurusan Aset & Fasiliti Semester 1 2009/2010."
Selangkah lagi aku untuk terus menimba ilmu di mana selagi semangat dan daya yang masih ada untuk menuntut, selagi itu usaha akan berterusan. Kadang2, ada yang tertanya2, kenapa aku nak sambung belajar? apa yang boleh aku dapat? naik gaji ke? pangkat yang tinggi ke?
Sebenar2nya, semua tu betul. Cuma waktu yang sesuai baru kita gunakan kelayakan kita tu.
Macam dalam syarikat aku sekarang, aku rasa dengan Master aku, syarikat akan mempunyai satu aset yang berharga... iaitu aku.
Aku rasa matlamat aku adalah untuk menjadi aset yang berharga dalam syarikat.
Jadi korang doakan lah kejayaan aku untuk dapatkan Master ni....
Friday, July 10, 2009
Manusia Punya Asa, Tuhan Punya Kuasa....

Aku baru habis tonton filem 'Pursuit of Happyness'. Jam menunjukkan pukul 12.51 am... Sebuah cerita yang memaparkan antara kisah benar dari Chris Gardner yang sangat hebat. Cukup lama orang mencadangkan pada aku untuk tonton filem ni, cuma aku je yang tak berkesempatan.
Lepas tonton filem ni, aku jamin, setiap orang yang tonton akan cuba mengimbau kembali apakah yang diorang fikirkan persamaan usaha dengan Chris Gardner... apa yang diorang pernah usaha sehingga berjaya... dan aku pun memikirkan perkara yang sama.
Antaranya adalah ; masa di UTM dulu, aku melalui jalan yang sukar di mana aku berhadapan dengan pinjaman pelajaran yang lewat masuk dan permohonan pinjaman tambahan aku tak diluluskan. Aku meneruskan pengajian aku dengan 2 semester tanpa pinjaman. Untuk membiayai pengajian, aku buat macam2 kerja untuk dapatkan duit untuk makan dan yuran pengajian.
Aku kerja sebagai pembantu makmal di UTM, pembantu pam di stesen minyak Petronas, berniaga jual dadih (masak sendiri) di sekolah2 dan kilang dan jual barang dari kedai ke kedai; ofis ke ofis; rumah ke rumah.
Namun, banyak keje aku tak menjadi dengan baik, sebab kontrak pembantu makmal cuma sebulan dan perniagaan dadih terhenti akibat perbalahan dengan rakan kongsi. Kerja yang jual barang dari kedai ke kedai tu pun tak lama sebab kos perbelanjaan lebih dari untung... tapi keje jual barang ni lah yang ajar aku cara komunikasi dengan orang.
Tinggallah keje di stesen minyak dengan gaji yang cukup2 makan. Pernah dalam kelas pelajar lain tertawakan aku kerana aku masuk kelas dengan pakaian seragam Petronas... baju kemeja yang putih belang tegak hijau tu... takperlah... sabar.
Korang boleh baca artikel aku di http://anas-kacak.blogspot.com/2008/11/aku-roti-keping-kuah-megi-kari.html ; artikel ni aku tulis pada November 2008.
Kawan2 satu kursus ramai yang berjaya tamatkan pengajian on time... cuma aku dan beberapa orang je yang terpaksa tambah semester untuk ulang matapelajaran yang gagal dulu.
Usaha yang berterusan akan membuahkan satu kemanisan yang tidak dijangka dan tak akan dilupakan... kisahnya peperiksaan akhir semester aku tamat pada 21 oktober 2004. Lepas exam, semua final year student rasa relief dan meluahkan rasa gembira kerana tamat pengajian... ramai yang berpendapat untuk rehat beberapa bulan sebelum mula cari kerja. Tapi aku rasa ada baik aku mula cari kerja terus... memandangkan keputusan keseluruhan aku tidak lah baik sangat...
Aku sentiasa teringatkan syarikat yang pernah aku buat praktikal training dulu. Mana tahu aku boleh keje kat situ. Dalam rasa mula nak call syarikat tu, 22 oktober 2004, syarikat yang aku maksudkan call...
"Nas, dah habis belajar belum?", suara dalam telefon yang aku kenal dari syarikat tu...
"Oh, baru sudah. Ni nak cari keje la ni." balasku selamba.
"Oklah... ko nak keje sini tak? kalu nak, ko boleh start 1st November"
"Betul ke ni? Alhamdulillah... kalu macam tu saya setuju lah", berbunga2 rasa hati...
"Ok kalu macam tu, aku prepare offer letter ko. hari pertama keje ko collect offer letter ni"
"beres!" gembira nya aku tanpa fikir pasal gaji...ahhh biarlah berapa yang dia nak bagi...asalkan aku dapat keje.
Di kala kawan2 tengah berlibur... aku dah mula melangkah ke alam pekerjaan... lebih baik lagi, aku berjaya masuk ke dunia industri Oil&Gas... itulah impian aku sejak aku berumur 16 tahun lagi.
****************
Thursday, June 18, 2009
Binatang Terkebal di Abad ini.....
Cuba korang teka... binatang apa yang paling kebal di dunia buat masa ni?
a. Harimau
b. Tenggiling
c. Cacing
d. Burung
e. Babi
f. Tiada di atas

Haaa.... apa jawapannya?
Harimau? mana mungkin.... kurang2 pun orang hantar kat zoo untuk elak kepupusan.
Tenggiling? tak jugak... pemburu haram dok kaut untung untuk makanan exotic.
Cacing? emm.... kalu orang ternak pun, diorang boleh buang macam tu je... tak effect apa2.
Burung? banyak aku tengok burung mati macam tu je...tak kebal pun...
Babi? YA BETOL!!! kebal betol binatang kotor ni... mana tak nya... kalu dulu ada kes Selsema Burung, habis burung banyak kena bunuh dan tanam...
Babi? diorang tak boleh bunuh wooo.... rugi industri makanan kita... kan banyak makanan process guna lemak babi sebagai ingredient. Lebih membuktikan dia kebal, kes Selsema Babi yang hangat sekarang ni terpaksa tukar nama jadi Influenza A... mana ada pihak media sebut Selsema Babi sekarang. Nak jaga hati babi tu sangat...Masa Kes Selsema Babi tu muncul, orang jadi takut. Siap ada NGO buat initiative keluarkan artikel dan FAQ untuk kes selsema babi ni...
Salah satu soalan dalam artikel tu "Can we eat pork?"
Jawapannya, "Yes we can. The virus can be killed by cleaning during processing and well cooked. The pork is safe for you to eat."
Ada satu cerita dulu masa kat universiti dulu, ada sorang member bukan Melayu ni tanya kenapa la orang Melayu tak makan babi. Sedap tau... Aku cakap haram. Dia tanya apa yang haram? Kalu ayam tu patuk2 tanah makan cacing, tak kotor ke? boleh je makan. Aku balas balik... babi tu makan sisa2 makanan dan sampah. kalu ko makan babi, ko pun makan sampah.
Tak der khasiat langsung...
Sunday, June 14, 2009
Strategi Pemasaran di Waktu Gawat
Pihak media di Malaysia amat cekap dalam melindungi satu-satu isu di dalam negara bagi mengelakkan situasi panik dan cemas di kalangan rakyat. Dari segi politik negara contohnya, pihak media amat kuat di sisi kerajaan bagi memastikan berita yang tersebar adalah mengikut aliran dan strategi kerajaan.
Dalam masa sekarang, ramai yang terleka dengan kesibukan kerja dan pihak media menghebahkan ekonomi Malaysia kukuh dan semakin meningkat. Sedangkan, banyak kilang2 dan syarikat2 telah menjalankan langkah mengurangkan kos pekerja dengan perlbagai cara, seperti contoh, Skim Pencen Sukarela. Syarikat2 gergasi di Malaysia tidak terkecuali terkena bahang kegawatan ekonomi.
Dengan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang, ramai juga yang telah mengambil tindakan untuk menghadkan perbelanjaan dan menyimpan wang pendapatan lebih dari biasa bagi langkah2 kecemasan yang tidak dijangka di masa akan datang.

Oleh kerana ramai yang telah mula menghadkan perbelanjaan, pasaraya2 yang ada sekarang akan menerima impak yang maha hebat. Namun, mereka mula mengorak langkah dengan mengubah strategi pemasaran untuk mengumpan semula rakyat Malaysia. Umpanan mereka setakat ini mengena!
Pasaraya2 menjalankan JUALAN MURAH dari potongan 20% hingga 70%! Mata2 pengunjung pasti terpana dengan tanda2 harga yang telah dipotong separuh. Hakikat sebenar tidak lah seperti yang difikirkan. Bukanlah potongan 50% itu sebenar2nya potongan. Harga selepas potongan itu adalah harga asal pakaian tersebut.
Jika kita peka dan tinjau harga sebelum JUALAN MURAH, contohnya, sehelai seluar khaki berjenama Camel berharga RM69.90. Semasa JUALAN MURAH, harga seluar yang sama berharga RM139.90! Tanda potongan sebanyak 50% menjadikan harga kembali kepada harga asal RM69.95!
Kembalilah kepada rancangan kita untuk menyimpan dan belilah barangan yang perlu sahaja. Setiap kelekaan kita membuatkan kita sesal setiap masa.
Tuesday, June 9, 2009
Rindu di kejauhan...
Cuaca cukup panas... musim tak menentu. Ada kalanya petang hujan dan ada kalanya petang panas yang amat. Tapi aku dalam ofis tak terasa apa yang berlaku di luar. Yang terasa kedinginan air-cond dan kehangatan isu2 dan konflik2 dalam ofis ni.
Jari-jemari sibuk menekan keyboard untuk membalas email client dan kontraktor. Dalam kepala ni dah tak ada perkara lain. Selagi belum tutup mata, keje-keje-keje...
Di tengah kesibukan keje, tiba2 handphone aku berbunyi... paparan menunjukkan nama pemanggil....
"Ayah?", bertanya sendiri.
"Ada apa ayah call ni?", hatiku juga bertanya.
Dengan segala pertanyaan, aku jawab juga.
"Assalamu'alaikum, ayah."
"Wa'alaikumussalam. Anas di tempat kerja ke?"
"Iyer ayah. kenapa ayah telefon?"
"Ayah saje telefon. Handphone ni ada kat tangan. Dari tak buat apa2, baik call. Anas sihat?"
"Sihat, ayah. Ayah sihat?"
"Alhamdulillah. Maaflah ganggu Anas waktu keje ni."
"Oh, takper Ayah, kebetulan Anas tak banyak keje", jawabku dengan serta merta berhenti dari buat semua keje.
Perbualanku tak lama. Aku kirim salam pada emak dan akan biarkan ayah meletakkan telefon dahulu. Aku termenung sejenak, fikirkan ayah call waktu2 macam ni... terus terlintas di fikiran aku yang tahu ayah sedang merasa sunyi... hanya berdua dengan mak di johor bahru. Anak2 dah merantau jauh keluar dari Johor Bahru.
Aku cukup kenal ayah, seorang yang tegas, kuat egonya dan amat suka bersendiri. Tapi, dari sikap yang suka bersendiri, aku tahu yang dia sedang rindukan anak2nya.... di mana hilai tawa anak2 yang meriuhkan suasana rumah... kini sunyi hanya berdua sahaja.... Air mata aku bergenang kerana aku pun turut merindui mak dan ayah.
Esoknya, ayah call lagi...
"Anas tengah buat apa? Aiman tu nak balik ke johor. Tapi ayah rasa aiman akan rasa bosan di rumah ni sebab rumah ni cuma ada mak dan ayah. Mungkin aiman boleh tinggal di rumah anas sampai habis cuti dia. Anas pandai buat kelakar, aiman mesti suka."
Hati aku tersentuh dari ayat ayah, sememangnya ayah amat merindui anak2 nya. Ayah tak pernah sentuh hal aku suka buat kelakar di rumah. Dulu, waktu semua anak2 tinggal bersama, aku pernah kena marah kerana terlalu bising dalam rumah. Kini, jelas ayah rindukan saat2 tu. Aku tak tertahan menangis kerana aku pun terlalu rindukan mereka. Dah sebulan setengah kami tak berjumpa.
Setiap kali sembahyang, doa aku untuk kesejahteraan mak dan ayah tak pernah putus. Aku tak akan lupa untuk berdoa kerana.... aku sayang pada mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
